Take a fresh look at your lifestyle.

7 Blender Heavy Duty Dan Tahan Lasak

0 1,081

Blender biasa yang kita guna di dapur biasanya tak dapat kisar bahan-bahan yang keras . Kalau blender juga, lama-lama akan rosak blender korang. Sebab itu korang perlukan satu lagi blender jenis heavy duty.

Korang boleh nampak blender ini dekat kedai air moden seperti Starbucks. Blender heavy duty agak mahal tapi saya akan senaraikan blender heavy duty ini pada harga bawah RM1,000.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 blender heavy duty dan tahan lasak yang korang boleh beli untuk kisar bahan-bahan yang keras seperti ais dan sebagainya.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Blender heavy duty

1. Khind Heavy Duty Commercial Blender

Blender ini datang dengan timer yang korang boleh set beberapa lama korang nak blend. Ia akan berhenti secara automatik selepas korang setkan masa tadi. Fungsi timer sesuai untuk korang yang nak buat kerja multitasking.

Di bawah blender ini dipasang dengan getah anti tergelincir supaya ia kekal stabil walaupun korang on dalam masa yang lama, ia tak akan terjatuh.

Blender ini juga sesuai untuk korang guna nak buat jus buah-buahan seperti mango float juices, ice blended macam frappe chocolate.

Boleh google resipi jus buah dan ice blended lepas korang beli blender ini, confirm akan menjadi.

Berat blender ini cuma 3.5 kilogram, korang perlu angkat guna dua tangan untuk alihkan blender ini. Ia juga tahan lasak dan selamat untuk korang guna kerana materialnya diperbuat daripada bahan tanpa BPA.

Kelebihan

  • Ruang bekas blender sebanyak 2 liter
  • Motor blender tahan lasak dan boleh hakis bahan-bahan dapur keras
  • Boleh pilih mode kelajuan yang korang suka

Kekurangan

  • Hanya ada warna hitam sahaja

2. Butterfly Commercial Heavy Duty Blender

Dengan ruang bekas sehingga 2.5 liter, korang boleh buat jus buah-buahan atau ice blended untuk keluarga, saudara-mara, dan kawan-kawan korang. Win-win situasi kat situ. Tak perlu korang, tempah lagi kat luar. Blender ini juga sesuai untuk korang nak buat berniaga.

Ia dikuaskan dengan motor berkuasa 1500W, bunyi dia sebiji macam blender yang ada kat Starbucks tu. Bahan rempah pun ia boleh kisar dengan sehalus-halusnya. Baru rasa rempah tu bila kita masak nanti.

Ia juga dapat 1 tahun waranti untuk korang cuba blender ini dulu.

Kelebihan

  • Mode kelajuan korang boleh uba
  • Sesuai untuk korang buat berniaga
  • Senang nak dibersihkan
  • Bunyi tak kuat sangat
  • Ada getah anti-tergilincir di bawah blender ini

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

3. Morgan 1400W Heavy Duty Blender

Blender Morgan ini datang dengan bekas jug bersaiz besar dan ada mode kelajuan yang berbeza yang korang boleh pilih untuk korang kisar dan hancurkan bahan-bahan masakan mengikut citirasa korang.

Ia juga boleh dijadikan mesin juices buah-buahan seperti mango float, green tea, coconut shake atau smoothies. Motor blender ini berkuasa 1400W memang ia akan hancurkan buah-buahan ini sampai jadi air juices.

Yang bestnya, kalau korang rasa juices korang buat macam tak cukup rasa, korang tambah jer lagi buah-buahan guna lubang yang ada pada penutup blender ini. Tak perlu korang nak matikan blender ini setiap kali nak masukkan bahan-bahan yang lain.

Kelebihan

  • Ada 1 tahun waranti yang korang boleh guna blender tanpa sebarang risiko
  • Dipasang 6 bilah stainless steel
  • Kelajuan blender boleh cecah sehingga 32,000 rpm
  • Ada getah anti-tergelincir

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

4. Aicook X Maidronic Professional Commercial

Yang bestnya, blender Aicook X ini korang boleh set timer untuk beberapa lama korang nak blend jus atau ice blender korang, dan ia akan mati secara automatik. Selain itu, korang boleh pecahkan telur guna blender ini.

Untuk korang yang bakal bergelar ibu dan sudah memiliki bayi, korang patut dapat satu blender ini sebab ia boleh kisar makanan untuk dijadikan puri, bubur, dan sebagainya.

Kelebihan

  • Diperbuat daripada material jenis bukan BPA
  • Penutup blender anti tumpah
  • Ada 6 bilah stainless steel dalam jag
  • Ada butang keselamatan

Kekurangan

  • Waranti tak lama

5. Silver Crest 4500W Blender

Blender Silver Crest datang dengan ruang bekas sebanyak 2 liter. Pada bahagian bawah blender ini dipasang sekali dengan pad kaki dan pemengang anti tergelincir, korang tak perlu risau blender ini bergegar sampai jatuh.

Blender ini sesuai untuk korang buat sup dan susu soya. Resepi nak buat susu soya sedap korang boleh google sahaja, ada banyak. Confirm akan jadi susu soya korang lepas korang guna blender ini.

Blender ini juga boleh digunakan untuk buat berniaga di pasar malam, ekspo, dan sebagainya. Lepas ini korang boleh buat duit sampai balik modal beli blender ini.

Material yang digunakan dalam blender ini diperbuat daripada bahan tanpa BPA, memang selamat untuk korang buat jus untuk keluarga korang.

Dekat bahagian penutup blender ini, ada penutup separuh buka yang korang boleh tambah bahan-bahan sampai cukup rasa jus atau ice blender korang.

Kelebihan

  • Ruang bekas jag sehingga 2 liter
  • Anti tergelincir pada bawah blender dan pemengang sekali
  • Boleh buat susu soya, sup dan seangkatan dengannya

Kekurangan

  • Waranti tak lama

6. Homelux 1100W Commercial Blender

Blender ini dikuasakan dengan 1100W dan 6 bilah stainless steel yang boleh kisar semua jenis bahan-bahan masakan atau makanan yang keras, nak buat jus, nak buat soya, dan nak pecahkan ais pun boleh juga.

Korang jangan risau walaupun jenama ini korang jarang dengar, ia turut mendapat kelulusan SIRIM. Korang boleh check code SIRIM pada blender ini.

Pada bawah bahagian blender ada pad jenis anti tergelincir yang akan stabil blender ini semasa korang guna memandang kuasa watt dia sangat tinggi.

Blender ini juga ada fius yang boleh elakkan blender ini terlalu overheating supaya motor blender tak rosak. Ada juga fungsi keselamatan, blender ini akan hidup kalau korang letak betul-betul dekat tapak dia.

Kelebihan

  • Ruang jag sehingga 2.2 liter
  • Senang untuk korang bersihkan
  • Diperbuat daripada material bukan BPA

Kekurangan

  • Blender agak bising
  • Waranti tak lama

7. Kenwood Heavy Duty Blender

Satu lagi jenama blender yang jarang korang dengar, tapi dah lebih tiga ribu orang beli blender ini di Shopee.

Bukan calang-calang blender. Ia boleh digunakan untuk kisar segala jenis bahan-bahan masakan yang keras.

Ada knob mode kelajuan yang berbeza yang korang boleh adjust pada blender ini. Macam biasa, lagi cepat korang blend, lagi cepat masakan korang siap.

Walaupun blender ini datang dengan harga mampu milik, blender ini juga berfungsi sama seperti blender heavy duty yang saya senaraikan di sini.

Kelebihan

  • Boleh buat jus, ice blender, dan smoothies
  • Ruang bekas jag sehingga 2.5 liter
Leave A Reply

Your email address will not be published.