Take a fresh look at your lifestyle.

9 Minyak Enjin Terbaik Untuk Motorsikal

0 29,281

Hati-hati semasa pilih minyak enjin terbaik atau minyak hitam untuk kereta atau motor korang. Silap pilih, akan merosakkan enjin kenderaan korang semua.

Pemilihan minyak enjin ni sangat penting, ia akan menjaga enjin kenderaan dan meningkatkan prestasi enjin.

Bila enjin terjaga, kenderaan akan tahan lama dan tak ada masalah.

Biasanya, antara faktor yang dilihat masa pilih minyak hitam ni adalah dari segi kepekatan atau kelikatan minyak, jenis minyak dan paling penting jenis enjin itu sendiri.

Dalam artikel, saya akan senaraikan 9 minyak enjin terbaik untuk motorsikal.

Teruskan bacaan korang..

Minyak Enjin Terbaik Untuk Motosikal

1. Shell Advance AX7 4T 10W-40 Lubricant Motorcycle Engine Oil

Minyak enjin dari Shell iaitu Shell advance AX7 dengan teknologi pembersihan aktif ialah minyak enjin motosikal semi sintetik premium peringkat teratas.

Teknologi pembersihan aktif yang unik membantu enjin motor korang menghalang zarah kotoran melekat bersama membentuk deposit untuk memastikan enjin motosikal korang sentiasa bersih. 

Enjin motosikal yang bersih akan berjalan dengan lebih cekap dan akan dilindungi dengan lebih baik.

Shell Advance AX7 direka untuk memberikan prestasi yang dipertingkatkan untuk motosikal moden 4-lejang.  

Walaupun dalam keadaan tertekan, ia membantu memastikan enjin korang memberikan kuasa yang tinggi, meningkatkan kawalan dan keselesaan serta meningkatkan keseronokan dan keselesaan perjalanan korang.

2. Liqui Moly Motorbike 4T Synth 10W-50/10W40 Street Race 

Full Synthetic 4T 10W50 Street RACE edisi merupakan enjin minyak terbaik dan sesuai untuk semua motosikal.

Produk Liqui Moly Tulen seperti yang diperakui oleh Liqui Moly dibuat untuk enjin 4 lejang yang disejukkan dengan udara dan air yang terdedah kepada biasa hingga extreme.

Sesuai juga untuk enjin dengan clutch atau tanpa clutch. Minyak enjin ini berdasarkan sentitik technology.

3. Dash Oil 4T 15W50 1L

Nak enjin motorsikal korang senyap?

Guna minyak enjin terbaik dari Dash Oil 4T 15W50 1L.

Enjin motorsikal korang  lepas panas akan jadi ringan. Korang nak naik bukit pun jadi senang, nak pick up sedap juga.

Minyak enjin ini 100% minyak asli. Ia juga dapat pengesahan SGS, ISO 9001, grade API SN, Jaso MA2. Kualiti minyak enjin ini terbaik buatan Malaysia.

Minyak enjin ini sesuai untuk motorsikal 4 lejang.

Korang yang ada buat Grab, Foodpanda, Pos Laju, lain-lain delivery boleh cuba minyak enjin ini kat motorsikal korang.

4. Elf Moto4 Race 10W-60

Minyak enjin ni membantu maksimunkan pretasi di dalam keadaan enjin motorsikal yang extreme. Mengelakkan gesaran walaupun motorsikal korang bawa laju-laju.

Minyak enjin ini mampu tangani suhu 300°C. Ia juga anti haus dan anti karat supaya korang lancar untuk tukar clucth motorsikal korang.

100% sentitik untuk enjin motorsikal empat lejang.

5. Castrol Power 1 Racing 4T 10W-40

Castrol POWER1 Racing 4T ialah minyak enjin sintetik sepenuhnya untuk motosikal 4-lejang berprestasi tinggi yang moden.  

Castrol POWER1 Racing 4T direka khas untuk korang yang seronok bawa motorsikal pada had kelajuan maksimum.

Bawa motorsikal korang dengan laju meletakkan motorsikal di bawah banyak tekanan yang sebabkan geseran yang lebih tinggi.  

Minyak enjin sintetik sepenuhnya Castrol POWER1 Racing 4T, dengan Race Derived Technology terbukti kekal kukuh dan memberikan kelajuan. 

Ia telah diuji dan terbukti dapat memberikan pecutan dan kuasa yang luar biasa.

Minyak enjin Castrol POWER1 Racing 4T direka untuk motorsikal 4 lejang berprestasi tinggi untuk memberikan kuasa optimum dalam semua keadaan tunggangan. 

 Ia sesuai untuk semua jenama motorsikal 4 lejang. 

6. ELF Moto 4 Road 10W-40

Jenama ELF adalah pelincir yang diperkuat dengan minyak asas sintetik.

 Minyak enjin ini mempunyai teknologi Clutch anti-slip. Di mana mudah korang untuk tukar clucth motor tanpa tersekat.

Minyak enjin ini sesuai untuk semua motosikal 4 lejang. Pada masa yang sama, ia mengurangkan bunyi & getaran enjin motorsikal korang.

Minyak enjin diformulasi untuk memenuhi standard pengesahan seperti API SLand JASO MA2. 

Ia juga dibuat di Perancis.

7. Bold 4T 15W50 1L

Ini merupakan 100% minyak enjin terbaik untuk motosikal 4 Lejang Sintetik.

BOLD 4T sintetik sepenuhnya 100% diperbuat daripada minyak asas premium ini, digabungkan dengan pek tambahan khas motosikal korang dengan formula Bold kami.  

Ia membantu membersihkan dan memastikan enjin korang lebih bersih. Enjin motosikal yang bersih membantu memberikan kecekapan, prestasi dan perlindungan enjin yang lebih baik.

Minyak enjin ini turut mendapat pengesahan gred API SN, JASO MA2. Ia sesuai untuk semua motosikal 4T.

Kelikatan 15W-50 dan ia sepenuhnya sintetik.

8. Motul 300V Factory Line Road Racing 10W40

Diperbuat daripada Perancis. 100% original import dari Perancis.

Minyak ini membantu untuk maksimumkan kuasa enjin motorsikal korang tanpa menyebabkan kehausan.

Minyak enjin ini memberi perlindungan minyak yang luar biasa pada suhu tinggi untuk memastikan kestabilan tekanan minyak.

Selain itu, minyak enjin boleh tingkatkan kuasa enjin sehingga +2.5HP

9. Valvoline Synpower 5W-40 Full Synthetic Engine Oil 4L

Diformulasikan dengan minyak enjin terbaik berasaskan sintetik, berkualiti tinggi dan dipertingkat dengan teknologi paling maju untuk prestasi maksimun untuk hampir semua kereta berprestasi tinggi dan enjin trak ringan-petrol, diesel, LPG.

Sesuai untuk korang yang ingin membawa motorsikal korang sejauh 10,000 kilometer.

Minyak enjin ini boleh meningkatkan kekuatan minyak dan rintangan kerosakan. Pada masa yang sama, ia menurunkan pengewapan & penggunaan minyak.

Minyak mengalir dengan mudah pada enjin motorsikal korang dengan suhu rendah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.