Take a fresh look at your lifestyle.

7 Smartphone Terbaik Di Malaysia

0 2,650

Walaupun korang tahu apa smartphone terbaik, korang perlu baca artikel ini.

Sebab apa?

Saya akan senaraikan smartphone terbaik yang korang boleh beli. Dan nombor 7 adalah jenama smartphone yang tak disangka.

Teruskan bacaan korang untuk tahu smartphone terbaik di Malaysia walaupun korang dah ada smartphone..

Smartphone terbaik di Malaysia

1. Samsung Galaxy Series – Antara smartphone terbaik

Jenama handphone ini antara yang popular di dunia dan Malaysia.

Samsung telah berjaya keluarkan handphone berkualiti tinggi dan premium.

Handphone terbaik yang paling latest dan baru dari Samsung adalah Samsung Galaxy  S series seperti Samsung Galaxy S21 Fe dan Samsung Galaxy S20.

Kebanyakkan handphone S series didatangi dengan skrin Amoled, kadar refresh rate skrin yang tinggi seperti 120Hz. Juga chipset yang terbaik seperti Snapdragon 888 5G.

Kamera dengan megapixel paling tinggi seperti kamera depan 50 MP, dan ruang storage yang besar seperti 128GB.

Selain itu juga, telah keluar Samsung Galaxy Note series. Spesifikasi dia sama macam S series tapi korang akan dapat Samsung Pen untuk korang tulis dan catat di dalam handphone. Sesuai untuk yang suka melukis atau menulis.

Korang jangan risau, Samsung juga ada keluarkan handphone dengan harga bajet seperti Samsung Galaxy A12.

Walaupun harga bajet, kualitinya tetap premium.

Recommended- korang cuba pakai Samsung Galaxy A52 LTE untuk permulaan.

2. Oppo – Antara smartphone yang mempunyai kamera berkualiti

Smartphone Oppo dianggap terbaik kerana kameranya yang berkualiti.

Kamera smartphone Oppo Find X3 Pro menawarkan fungsi kamera mikroskop yang sangat bermutu tinggi.

Kalau korang tengah boring, boleh zoom kamera tengok apa ada kat bulu kucing korang, atau apa sahaja yang ada di sekitar.

Ini kelebihan smartphone Oppo iaitu kamera dia. Model smartphone Oppo yang lain pun, kamera juga tetap berkualiti.

Kalau korang suka tangkap gambar, korang patut ada satu smartphone Oppo walaupun dah ada smartphone lain.

Salah satu keluaran terbaru dari Oppo ialah Oppo Reno 5G, sangat sesuai untuk Instafamous dan Youtuber.

3. Realme – Smartphone terbaik yang popular

Korang selalu nampak iklan Realme kalau korang singgah kedai smartphone kan?

Kalau korang nak bajet tapi nak smartphone yang spesifikasi canggih seperti Samsung Galaxy S series, korang boleh cuba realme GT.

Ya, Realme GT didatangi dengan cipset paling best iaitu Snapdragon 888 5G.

Corak smartphone Realme GT agak unik, korang juga turut dapat fast chage 65W, boleh cas penuh smartphone dalam masa 2 jam sahaja.

Realme GT ada skrin E4 Amoled. Jadi,kalau korang tengok youtube, nampak warna jelas dan terang macam kat skrin TV.

Walaupun Realme GT tak ada kamera mikroskop macam Oppo, kamera dia ada 64MP. Memang jelas bila ambil gambar guna smartphone ni.

4. Xiaomi

Harga smartphone Xiaomi datang dengan harga mid-range tapi korang dapat kamera best dan bateri yang besar.

Model smartphone Xiaomi yang paling latest ialah Xiaomi 11T. Kamera pun sudah dapat 108MP dan bateri pula sebanyak 5000mAh. Skrin smartphone Xiaomi 11T pun korang dapat 120Hz Amoled display.

Mana ada lagi handphone harga mid range, dapat spesifikasi macam ni kan?

Korang juga dapat charge pantas sebanyak 67W wired turbo charging.

5. Vivo

Smartphone yang paling kerap nampak iklan – macam Oppo.

Oppo dan Vivo dikeluarkan oleh brand yang sama iaitu BKK Electronics. Sama juga dengan smartphone Realme dan Oneplus.

Smartphone Vivo didatangi dengan fungsi penjimatan kuasa AI. Fungsi baru dari Vivo untuk jimatkan penggunaan bateri smartphone.

Design smartphone Vivo ini sangat slim. Selesa pegang kat tangan lama-lama dan senang nak masuk dalam poket korang.

Antara model smartphone Vivo yang paling ok dan korang boleh beli ialah vivo X70 5G, vivo Y33s, vivo Y76 5G x dan vivo Y20s.

Korang juga boleh cuba smartphone Vivo Y11, 3GB Ram + 32GB Storage, dan 5,000mAh.

6. Huawei 

Perkara penting yang korang perlu tahu sebelum beli smartphone dari jenama Huawei ialah korang tak boleh guna Google play store dan Google Service.

Jangan risau korang masih boleh guna app kesukaan korang menggunakan AppGallery dari Huawei atau korang download kat laman web 3rd party macam apkpure.com atau korang boleh guna Gspace yang ada di AppGallery.

Yang best pasal Huawei, korang boleh fungsi Intelligent Cross Device Collabrotion. Kalau korang ada beli laptop atau tablet dari Huawei, korang boleh share file kerja korang dari handphone ke laptop atau tablet Huawei korang.

Model Huawei yang paling latest ialah HUAWEI Nova 9, Huawei P40, Huawei Y7A.

Spesifikasi smartphone di atas juga sangat canggih dan padu dengan harga mid range.

Contoh Huawei Nova 9- korang akan dapat kamera 50MP Ultra, charge super pantas 66W dan juga skrin Curved display 120hz.

7. Nokia

Mungkin korang ingat nokia masih lagi buat handphone butang kan.

Sekarang jenama Nokia dan berevolusi dan mula buat smartphone.

Walaupun harga smartphone jenama Nokia mampu milik dan murah, korang jangan main-main dengan spesifikasi dia.

Antara model smartphone Nokia yang paling latest ialah Nokia C01 Plus, Nokia G10, Nokia X20 5G, dan Nokia C20. Dan ya, smartphone Nokia ini korang boleh touch screen ya.

Kamera smartphone Nokia juga boleh tahan, bateri tahan lama, dan design smartphone Nokia agar simple. Ia juga didatangi dengan Android paling latest.

Leave A Reply

Your email address will not be published.