Take a fresh look at your lifestyle.

Periuk Nasi Terbaik – 5 Jenama Pilihan

0 907

Nak cari periuk nasi terbaik untuk kegunaan harian korang? Baca di bawah ni ye…

Sekarang ni, kerja memasak nasi adalah tersangat mudah dan cepat dengan adanya periuk nasi automatik ni. Just isi beras, basuh, tekan button ON dan tinggal.

Dengan adanya rice cooker automatik ni, masalah nasi hangit dah tak berlaku seperti masa masak nasi dengan periuk biasa atas dapur gas dulu.

Ada banyak sangat jenis periuk nasi automatik dalam pasaran sekarang. Memang rambang mata nak pilih kan, harga pun kebanyakan mampu milik.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 5 periuk nasi terbaik di Malaysia yang korang boleh beli.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Periuk nasi terbaik

1. Panasonic Mechanical Jar Rice Cooker

Periuk nasi sesuai untuk korang nak masak dalam kuantiti sederhana banyak. Ia datang dengan ruang sebanyak 1.8 liter cukup 3 hingga 4 orang makan.

Ia datang dengan mode steaming, di mana korang boleh masak nasi kukus atau nak buat pau pun boleh. Dengan adanya mode steaming, korang tak perlu keluar duit lagi nak beli periuk untuk kukus nasi lagi.

Periuk ini boleh ditanggalkan bahan dalamannya supaya senang korang nak cuci nanti.

Kelebihan

  • Ruang periuk nasi sehingga 1.8 liter
  • Ada steaming untuk buat nasi kukus atau panaskan pau
  • Senang untuk korang basuh

Kekurangan

  • Design periuk nasi tak cantik

2. Philips Daily Collection Jar Rice Cooker

Dalam periuk nasi Philips diperbuat daripada salutan kristal. Dengan adanya salutan kristal ini, kerak yang biasa ada pada periuk nasi setiap kali korang masak nasi akan berkurang dan senang untuk korang basuh.

Periuk ini ada mode pemanasan 3D, dimana ia akan alihkan haba ke seluruh periuk ini supaya nasi yang korang masak cepat siap dan sempurna.

Ia datang dengan ruang sebanyak 2 liter untuk korang masak sederhana banyak atau lebih kurang 4 hingga 6 orang. Tapi, korang jangan risau dengan adanya fungsi pemanasan 3D korang boleh masak untuk ramai lagi dalam masa yang pendek.

Kelebihan

  • Dalaman periuk nasi ini diperbuat daripada salutan kritstal
  • Ada mode pemanasan 3D
  • Ruang periuk nasi sebanyak 2 liter

3. Cuckoo Multi-functional Fuzzy Logic Rice cooker

Periuk nasi Cuckoo ini lengkap dengan mode teknologi keselamatan yang terkini seperti mode alarm.

Cara mode alarm ini berfungsi ialah apabila periuk nasi ini berlaku overheating semasa korang hidupkan, ia akan berbunyi, dan masa itu korang boleh cepat-cepat tanggalkan suis untuk elakkan ia rosak.

Kalau korang tak sempat juga nak tanggalkan suis, korang jangan risau sebab dalam periuk ini ia dipasang thermal fuse untuk elakkan periuk ini berlaku litar pintas atau terbakar secara tiba-tiba.

Korang tak perlu nak beli lagi satu periuk nasi baru, korang cuma hantar kedai dan repair bahagian yang rosak sahaja.

Dalaman periuk ini diperbuat daripada material PTFE yang tak berbahaya dan selamat digunakan untuk korang masak apa jenis nasi.

Kelebihan

  • Lengkap dengan mode keselamatan terkini seperti mode alarm dan thermal fuse
  • Diperbuat daripada material PTFE

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

4. Sharp Rice Cooker

Korang tengah bajet?

Apakata korang beli satu Sharp rice cooker ini. Ia datang denga ruang periuk sebanyak 1 liter, cukup memadai untuk korang yang tinggal di hostel atau bujang yang tinggal di rumah sewa.

Dalaman periuk ini diperbuat daripada bahan kalis lekata, bahan ini setanding dengan periuk nasi standard yang lain.

Dengan bahan kalis lekata ini, masakan nasi tak akan melekat di dalam periuk dan senang untuk korang basuh nanti.

Ia juga datang dengan fungsi steam untuk korang masak nasi kukus atau buat pau. Susah nak jumpa mode steam dalam periuk harga bajet macam ini, tapi dengan periuk ini korang untung banyak.

Kelebihan

  • Harga bajet
  • Ruang periuk sehingga 1 liter, cukup untuk orang bujang atau pelajar yang tinggal di hostel
  • Ada mode steam
  • Diperbuat daripada bahan kalis lekata

Kekurangan

  • Design periuk nasi tak menarik

5. Tefal Easy Rice Cooker

Korang nak periuk nasi jenis automatik? Korang boleh cuba beli satu Tefal easy rice cooker. Ia datang dengan 8 jenis mode masakan yang berbeza seperti masak nasi putih, masak bubur atau sup, stew, steam, quick cooking, reheat dan keep warm.

Ia datang dengan ruang periuk sebanyak 1.8 liter sesuai untu korang masak hidangan sederhana banyak atau untuk 3 hingga 4 orang. Lepas korang nak hidangkan bubur atau stew pun senang, memandang periuk ini ada 8 jenis mode masakan yang berbeza.

Kelebihan

  • Ada 8 jenis mode masakan berbeza yang korang boleh pilih
  • Ruang periuk nasi sehingga 1.8 liter

Kekurangan

  • Periuk nasi ini agak berat
Leave A Reply

Your email address will not be published.