Take a fresh look at your lifestyle.

7 Steam Iron Terbaik – Yang Dapat Sambutan Di Malaysia

0 2,461

Semakin hari kehidupan kita dipenuhi dengan pelbagai jenis teknologi yang sangat bermanfaat yang memberikan kemudahan kepada kita semua untuk jalani kehidupan harian kita.

Antaranya adalah steam iron terbaik yang menjadi tumpuan utama pada masa kini.

Alatan rumah yang mengikut perubahan zaman – Teknologi steam iron ini merupakan teknologi yang diperbaharui berdasarkan iron yang selalu kita gunakan.

Dengan adanya steam iron, kerja menggosok pakaian di rumah menjadi lebih mudah dan pantas.

Terdapat beberapa list steam iron terbaik yang dikumpulkan di bawah :

Steam Iron Terbaik

1. Philips 2400W Steam Generator Iron

Jenama Philips merupakan jenama yang tidak asing lagi di mata kita dalam penghasilan alatan rumah.

Steam iron ini salah satu yang memiliki tenaga yang kuat kerana mampu menghilangkan kedutan pada tudung, selendang atau skirt korang dengan sekali gosok sahaja.

Hadir dengan teknologi optimalTemp iaitu boleh panas dalam jangka masa yang singkat tanpa perlu menunggu lama.

Dengan steam iron ini juga korang boleh menggosok baju selama 2 jam tanpa henti kerana memiliki tangki air sebesar 1.5 liter.

Terhasil dengan rekaan yang unik dan modern, membuatkan korang rasa seperti sedang menggunakan teknologi masa depan.

2. Midea Garment Steamer Iron

Pernah tak korang rasa bosan dengan iron yang perlu ada papan penggosok di rumah korang?

Mesti korang teringin nak gunakan steam iron yang boleh ‘menggosok’ baju dalam keadaan baju sedang tergantung, ala… macam kat shopping mall tu.

Kalau korang jenis buzy dan selalu nak cepat, iron macam ni sangat sesuai untuk korang. Tambahan lagi stand yang disediakan mampu menampung lebih daripada satu baju dan didatangkan dengan tangki sebesar 2 liter. So, korang tak perlu kerap untuk tambah air.

Apa yang lagi bestnya, steam iron ini tidak mengeluarkan bunyi bising seperti steam iron yang lain.

3. Petinko By Khind Cordless Iron steam

Korang pernah tak rasa rimas dengan iron yang ada wayar ? Selalu je terbelit-belit sampai rasa nak potong je wayar tu.

Kalau begitu steam iron ini memang sangat terbaik untuk korang kerana steam iron ini boleh digunakan tanpa wayar. Ianya sangat memudahkan korang untuk menggosok baju tanpa perlu berperang dengan wayar lagi.

Tapi kalau korang nak gunakan wayar juga boleh kerana ia didatangkan dengan wayar. Kot kot lah korang bosan dengan tanpa wayar lepastu tiba-tiba nak merasa steam iron yang menggunakan wayar pula.

Tapak besi yang ada pada steam iron ini dihasilkan dengan menggunakan seramik soleplate yang mampu mengelakkan pakaian korang daripada mudah terbakar.

4. KONKA Garment Steamer Iron Handheld Garment

Korang mesti ada jenis yang suka travel dan bawak banyak jenis pakaian dalam satu bagasi kan?

Then, lepas korang keluarkan daripada bagasi banyak pakaian yang dah berkedut. Memang sanggup tak keluar lah dari pakai baju berkedut tu kan.

Produk ini sangatlah sesuai untuk korang yang suka travel dan tak boleh pakai baju yang berkedut.

Steam iron ini dihasilkan dengan body yang kecil, mudah disimpan serta mudah dibawa ke mana-mana.

Hadir dengan tangki sebesar 250ml yang membolehkan korang untuk menggosok baju korang sebanyak 4 hingga 5 helai baju dalam satu masa. Ok sangat dah tu kan.

Bukan sahaja boleh digunakan untuk pakaian, korang juga boleh gunakan steam iron ini pada langsir ataupun cadar yang korang nk luruskan.

5. Tefal Steam Iron Express Easy Steam Generator Iron

Model steam iron ini merupakan salah satu model yang amatlah sesuai untuk korang yang suka pakai baju yang material kainnya susah nak hilang kedut. Kain jenis degil.

Dengan kuasa yang besar datang daripada steam iron jenama Tefal ini, ianya mampu menghilangkan kedutan yang degil dengan hanya sekali gosok sahaja.

Kalau korang takut steam iron ini akan merosakkan pakaian korang, jangan risau kerana steam iron ini datang dengan tapak yang diperbuat daripada seramik soleplate yang akan memastikan pakaian korang tidak akan terbakar.

6. Samu Giken Garment Steamer Handheld

Steam iron ini dihasilkan dengan badan yang sangat ergonomik yang mampu mengelakkan tangan korang daripada terkena wap air yang panas.

Hadir dengan 2 style gosokan iaitu dengan gosok secara biasa ataupun gosokan secara hembusan wap pada pakaian yang tergantung.

Steam iron ini sangat sesuai untuk korang kerana walaupun saiznya yang kecil tetapi sangat berkuasa untuk menghilangkan kedutan apa-apa sahaja jenis fabrik yang ada di rumah korang.

Steam iron terbaik ini patut menjadi rebutan untuk korang terutama sekali untuk mereka yang sibuk seharian.

7. Tefal Easy Steam Iron 

Model steam iron ini adalah model yang sangat disarankan untuk korang beli kerana ada pelbagai jenis fungsi yang best untuk gosok baju.

Sekali pandang memang nampak seperti iron biasa, tetapi ia sebenarnya ada satu lagi istimewanya. Steam iron ini boleh digunakan untuk gosok pakaian seperti biasa dan juga boleh digunakan untuk gosok pakaian yang tergantung.

Itu adalah salah satu teknologi menarik yang ada pada steam iron ini.

Steam iron ini juga memiliki teknologi boost wap yang mampu memberikan kesan lurus pada pakaian yang memiliki kedutan degil. Nak iron seluar jean pun mudah.

Tidak hanya itu, steam iron ini didatangkan dengan harga yang sangat mampu milik.

Leave A Reply

Your email address will not be published.