Take a fresh look at your lifestyle.

Kasut Futsal Terbaik – Selesa dan Berkualiti

0 627

Selain sukan Badminton, korang juga boleh memilih sukan Futsal sebagai satu aktiviti waktu lapang korang. Futsal nie amatla sesuai untuk korang yang sentiasa sibuk dan juga tinggal di kawasan bandar yang kekurangan padang untuk melakukan aktiviti sukan.

Futsal jugak boleh dimainkan pada waktu malam, sesuai untuk korang yang sentiasa sibuk dengan kerja dan komitmen lain di belah siang. Dan nak bermain futsal tidak memerlukan peralatan sukan yang banyak.

Apa yang penting korang perlu ada sepasang kasut futsal sahaja. Tapi korang perlula pilih kasut futsal yang selesa dan berkualiti supaya korang tangkas beraksi ketika bermain.

Buat korang yang masih tercari-cari lagi kasut futsal, meh sini baca senarai kasut futsal yang terbaik yang boleh korang pertimbangkan.

Kasut Futsal Terbaik

1. Puma Ultra Play It Men’s Futsal Shoes Yellow

Puma Ultra Play It adalah menggunakan getah tanpa penanda berprofil rendah pada bahagian tapak dalam dan luar.

Bahagian luar badan kasut ini dihasilkan dari sintetik dan membuatkan kasut nie sangat ringan. So, korang boleh berlari dengan pantas kerana ringannya seolah-olah korang tidak pakai kasut.

Ia berwarna kuning cair dan membuatkan ia sangat menarik.

Kasut ini memberi cengkaman yang baik dan kemas dan membuatkan korang rasa selesa ketika bermain.

2. Decathlon Adult Futsal Shoes

Decathlon Adult Futsal Shoes ini mempunyai tapak getah asli yang tidak bertanda untuk kaki korang melangkah dan mengcengkam dengan baik.

Tapak atas dan luar dibuat dengan bahan abrasion-resistent untuk bermain di gelanggang Indoor. Korang yang memakai kasut nie boleh bermain di gelanggang indoor dan juga padang luar.

Apabila korang pakai kasut ini, korang akan rasa kaki korang fit kerana terdapat tetulang di bahagian dalaman untuk sokongan kaki yang optimum.

Tak payah fikir panjangla, kasut nie memang sesuai untuk korang pakai ketika bermain futsal.

3. Adidas Football/Soccer Predator Freak 3 Indoor Boots Boys Black FW7534

Kasut Adidas Predator Freak 3 Indoor ini membantu anda menguasai permainan di gelanggang.

Bahagian atas tekstil bersalut memastikan bola terpaku pada kaki korang dengan elemen Demonscale merentasi zon serangan.

Bahagian luar pula menggunakan tapak getah yang dapat mencengkam permukaan lantai gelanggang dengan kemas.

Kasut ini amat sesuai untuk korang yang jenis berkaki lebar.

4. Adidas Predator Mutator 20.3 Indoor Futsal Football Shoes Sport Planet 6-12 (FW9218)

Adidas Predator Mutator 20.3 Indoor terbaik ini sesuai dipakai oleh kanak-kanak dan perempuan kerana mempunyai saiz yang kecil. Kasut ini direka dengan tapak luar getah tidak bertanda menjadikan Adidas Junior Style ini sesuai untuk kanak-kanak antara 9-16 tahun dan perempuan.

Malah dengan warna yang ada pada kasut ini Cloud White , Gold Metallic dan Core Black menjadikan kasut ini kelihatan lebih menarik dan sesuai untuk golongan di atas.

Terdapat demonscale 3D-print strike zone yang dapat mencengkam kaki korang dengan kemas untuk menendang bola di gelanggang futsal.

5. Gatti Junior Kids Futsal Shoe MIZEENA 204309-32

Mulakan setiap perlawanan dengan selesa dan bergaya dengan rangkaian kasut jenama GATTI.

Kasut ini amat sesuai untuk anak-anak korang tidak kira sama ada lelaki atau perempuan kerana warnanya sesuai dimakai oleh kedua-dua jantina.

Kasut ini dihasilkan dari bahan PU dan getah berkekuatan tinggi yang melambatkan kehausan tapak.

6. Kronos Futsal KFW-7526

Kasut Kronos ini direka khas untuk sukan indoor jadi jenama ini direka dengan bahagian tapak jenis getah rata.

Kasut futsal Kronos terbaik ini sesuai dimain di atas gelanggang atau atas rumput buatan.

Bukan apa, lantai untuk sukan indoor kebanyakannya licin jadi tapak getah yang rata dapat bantu mencengkam dan menjadikan korang lebih stabil.

Maksudnya, korang tidak akan mudah terjatuh ketika bermain futsal dan apabila membuat tendangan bola korang akan rasa ia kemas pada kami korang.

7. Caspia Soccer Boots Indoor CF-119-38

Caspia Soccer Boots Indoor ini dihasilkan dengan bahan sintetik pada bahagian seluruh luar kasut menjadikan kasut ini menyokong kaki korang mengikut kesesuaian jenis kaki. Terdapat dua warna yang anda boleh pilih iaitu hitam dan navy blue dengan saiz dari EU39 hingga EU45.

Malah, dengan rekaan mono-tongue dapat meningkatkan kekemasan seluruh kaki supaya kasut tidak mudah tercabut ketika korang menendang bola.

Manakala bahagian luar tapak kasut yang fleksibel sesuai untuk permukaan sintetik sekaligus dapat mengimbangkan badan korang ketika mengelecek bola.

Leave A Reply

Your email address will not be published.