Take a fresh look at your lifestyle.

Vitamin Kucing Terbaik Di Malaysia

0 2,570

Bukan manusia sahaja yang perlukan vitamin, kucing kesayangan korang pun perlukan vitamin.

Vitamin kucing mampu elakkan kucing kesayangan korang sakit dan kurus kering. Ia juga mampu meningkatkan selera makan kucing.

Bila dah ambil secara konsisten, lama-lama, kucing kesayangan korang akan jadi lebih gemuk dan lebih best dipeluk.

Korang dah ada ke belum vitamin untuk kucing korang?

Kalau belum ada, korang perlu baca artikel ini sebab saya akan senaraikan 7 vitamin kucing terbaik yang korang boleh beli.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Vitamin kucing terbaik untuk si bulu kesayangan

1. Biovet Advance Health Booster Vitamin Kucing

Kelebihan

Vitamin ini dibuat di negara Sweden. Ia guna 100% bahan organik, jadi tak perlu korang ragu-ragu bila guna vitamin ini.

Selain itu, ia kaya dengan L- lysine dan Cholecalciferol yang berfungsi untuk kuatkan antibodi kucing korang dalam masa 12 jam sahaja.

Kalau kucing korang ada penyakit macam selsema, akan sembuh dalam masa 12 jam juga.

Tambahan itu, vitamin ini juga membantu:

  • Meningkatkan tenaga
  • Mengurangkan keletihan
  • Menguat dan melebatkan bulu
  • Meningkatkan jisim otot
  • Meningkatkan selera makan

Kekurangan

Satu sahaja kekurangan adalah harga Biovet ini terlalu mahal. Lagi berbaloi kalau korang jumpa harga kombo.

Cara nak bagi kepada kucing

Korang hanya perlu picit 3 titis guna pemicit yang diberikan dan korang boleh letak sahaja di makanan kucing korang atau korang suap terus ke mulut kucing.

Minimun 3 titis dan maksimun 7 picit.

Pertama, lepas korang amalkan Biovet ini kepada kucing korang, kucing korang akan kurang dapat penyakit yang berbahaya, terutama penyakit yang boleh pendekkan tempoh hayat hidup kucing.

Kedua, korang dapat jimat banyak duit untuk hantar kucing korang ke klinik haiwan apabila kucing korang sakit.

Ketiga, korang boleh bermain dengan kucing korang tanpa perlu risau keadaan kesihatan dia lagi. Nak ajak dia masuk rumah, nak ajak dia tidur atas katil dengan korang pun boleh.

2. Haemomaxx

Kelebihan

Vitamin ini lebih kepada kucing betina yang tengah mengandung atau ibu yang tengah menyusukan anak.

Tambahan lagi, ia membantu:

  • Melancarkan pengeluaran susu ibu kucing, supaya anak-anak kucing mendapat bekalan susu yang mencukupi dari ibunya
  • Sangat diperlukan untuk ibu kucing yang kurang susu dan yang ada banyak anak (4 ekor ke atas)
  • Bila ibu kucing banyak susu, anak-anak kucing pun akan jadi gemuk-gemuk dan sihat-sihat
  • Meningkatkan nutrisi dan khasiat dalam susu ibu kucing
  • Tambah darah (iron)
  • Tambah selera makan kucing (B Complex)
  • Proses pemulihan selepas kucing sakit/demam (Vitamin A,D,E,K)

Kekurangan

  • Tak sesuai untuk kucing jantan atau kucing betina yang tak mengandung.

Cara nak bagi kepada kucing

Korang hanya perlu titis cecair vitamin ini terus ke mulut atau korang titis dekat dalam makanan kucing.

Selain itu, korang boleh bagi vitamin ini sepanjang kehamilan dan sepanjang kucing korang menyusukan anak.

Korang akan dapat anak-anak kucing yang gemuk dan sihat sama seperti bapa dan ibu mereka.

3. Royal Pet

Kelebihan

Jika kucing terlalu kurus, korang boleh cuba bagi Royal Pet.

Ia menawarkan alternatif mudah untuk korang matikan kutu dan hama di badan kucing korang.

Dengan Royal Pet, ia akan membantu:

  • Kurangkan keguguran bulu
  • Lebatkan bulu
  • Gemuk kucing korang dalam masa 7 hari
  • Hilangkan kurap dan fungus yang ada kucing

Kekurangan

  • Harga dia terlalu mahal. Saya sarankan korang beli harga kombo supaya korang jimat banyak duit dekat situ.

Cara nak bagi kepada kucing

Korang boleh teruskan suap 1 pil Royal Pet ke dalam mulut kucing atau korang letak dekat dalam makanan diorang.

Saya sarankan korang dapatkan sekali Royal Fleas Away Treatment Spray. Jadi, korang boleh spray kat bulu kucing korang untuk bunuh kutuk atau hama yang ada.

Korang akan dapat kucing berbulu tebal, gebu dan boleh peluk sepuas hati korang.

Korang dah tak perlu habis beribu-ribu untuk beli kucing berbulu tebal lagi.

4. VetaCat Multivitamin – vitamin kucing untuk menjaga bulu

Kelebihan

Kucing korang ada masalah kurus, bulu gugur, kurap, atau selsema & deman?

Cubalah VetaCat Multivatamin.

VetaCat ialah sejenis cecair vitamin.

Antara manfaat VetaCat ialah:

  • Mengurangkan keguguran bulu
  • Menguatkan imunisasi untuk melawan penyakit seperti selsema dan deman
  • Memastikan kucing korang sentiasa aktif
  • Meningkatkan selera kucing dan membantu menambah berat badan

Kekurangan

  • Titisan VetaCat cepat habis

Cara nak bagi kepada kucing

Untuk kucing yang berumur antara 3 – 10 bulan, korang cuma perlu titis 0.5ml.

Manakala untuk kucing berumur antara 11 bulan dan ke atas, korang perlu titis 1ml.

Nak nampak hasil lagi laju, korang boleh bagi dua kali sehari selama tiga hari.

Ini alternatif mampu milik untuk rawat penyakit yang ada pada kucing kesayangan korang.

5. VIRBAC Nutri-Plus Vitamin Kucing Dalam Bentuk Gel

Kelebihan

Kucing korang tak usik langsung pil atau titis yang korang bagi, apa kata korang cuba jenis gel.

Cubalah Virbac Nutri-Plus Gel.

Berikut kebaikan Virbac ialah:

  • Sesuai untuk kucing yang mengandung atau menyusukan
  • Menyembuhkan penyakit berjangkit yang ada pada kucing
  • Maintain kesihatan bulu kucing korang

Kekurangan

  • Gel cepat habis. Berat gel cuma 120.5g.
  • Harga pun sedikit mahal untuk gel seberat 120.5g.

Cara nak bagi kepada kucing

Korang boleh picit gel terus ke dalam mulut atau picit ke dalam makan kucing korang.

6. Germoraa Pet Booster

Kelebihan

Korang nak vitamin terbaik dan mampu milik untuk bulu kucing korang?

Korang boleh cuba Germoraa Pet Booster.

Antara kebaikan Germoraa:

  • Membantu menambahbaik sistem imunisasi 
  • Mencantik & menyihatkan bulu kucing 
  • Menambah selera makan kucing
  • Supplement organik 
  • Sebagai nutrisi tambahan
  • Mengurangkan keguguran pada bulu dan penjagaan kulit pada haiwan peliharaan. 
  • Sesuai dan selamat bagi ibu kucing yang menyusu badan dan tengah mengandung.

Kekurangan

  • Germoraa datang dalam bentuk pil. Saya sarankan korang pecah dulu pil.

Cara nak bagi kepada kucing

Korang perlu pecahkan dulu pil menjadi kecil dan korang letak sahaja di makanan kucing korang.

Kucing dewasa (8 bulan ke atas) : 2 biji/hari.

Anak kucing (3-7 bulan) : 1 biji/hari.

Korang akan dapat tambah baik imun kucing. Kucing makin sihat.

7. Uphavit – Vitamin kucing dalam bentuk cecair

Kelebihan

Uphavit adalah vitamin tambahan yang sesuai untuk kucing, arnab, GuineaPig, hamster, dan Chinchilla.

Antara kebaikan multivitamin Uphavit:

  • Mengelakkan masalah bulu gugur dan mencantikkan bulu
  • Melebatkan pertumbuhan mempercepatkan bulu kucing
  • Menguatkan imun kucing terhadap penyakit biasa seperti demam & selesema
  • Menambah selera makan kucing dan boleh mengemukkan kucing
  • Menjadikan kucing korang aktif dan cergas
  • Juga sesuai untuk haiwan peliharaan lain seperti anjing dan arnab

Kekurangan

  • Korang kena suap guna inject atau picagari. Agak leceh sikit

Cara nak bagi kepada kucing

Sukatan Pada Kucing (Guna picagari):

Kucing dewasa: 1.0ml setiap hari.

Anak kucing: 0.5ml setiap hari.

Terus korang picit picagari ke dalam mulut kucing korang.

Korang akan tengok kenaikan berat badan kucing korang lepas amalkan Uphavit.

Selain itu, korang akan nampak hasil bulu kucing korang akan jadi tebal dan gebu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.