Take a fresh look at your lifestyle.

Susu Kucing Terbaik Untuk Nutrisi dan Bulu Yang Gebu

0 564

Bagi korang peminat kepada si bulus yang comel ni, sudah pasti tercari-cari susu kucing terbaik dan sesuai dengan kucing kesayangan korang kan.

Takut tersilap beri susu, nanti merana lak si bulus korang tue kene cirit-birit atau penyakit-penyakit lain.

Salah satu faktor yang korang perlu tahu adalah usia berapa yang sesuai untuk mengambil susu tersebut.

Bila melihat si bulus korang yang comel tue, pasti korang ingin berikan yang terbaik untuk mereka.

Berikut ialah cadangan susu kucing terbaik dengan kandungan nutrien yang hebat dan dapat menghasilkan bulu yang gebu untuk haiwan kesayangan korang.

Susu Kucing untuk Nutrisi dan Bulu Yang Gebu

1. KMR Kitten Milk Replacer Powder

KMR Kitten Milk Replacer Powder ini sesuai untuk anak kucing korang yang baru lahir sehingga umur enam minggu.

Susu ini adalah pengganti susu untuk anak kucing korang dan dapat berikan nutrisi tambahan dan imuniti sementara terhadap beberapa penyakit.

Ia sangat sepadan dengan susu ibu dalam kandungan protein dan tenaga untuk anak kucing yang lebih sihat

Disyorkan sebagai sumber makanan untuk anak kucing yang ketiadaan ibu susuan atau kepada kucing-kucing yang masih memerlukan sumber nutrisi yang sangat mudah dihadam.

Cara pemberian adalah 2 sudu besar (30mL) cecair susu untuk setiap 155g berat badan anak kucing tersebut.

Untuk anak kucing yang lemah perlu diberi makan setiap 3 atau 4 jam sekali. productnation

2. Ocean Kiss Weight and Muscles Milk

Ocean Kiss Weight & Muscle ialah suplemen pemakanan berkualiti tinggi yang membantu menambah berat badan, membina dan menguatkan otot dan membaiki tisu kucing.

Selain itu, ia dapat menyihatkan mata, meningkatkan penglihatan, menggalakkan pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat, memerangi radikal bebas dan memastikan perlindungan sel.

Ia juga membantu dalam pembentukan sel darah merah, sistem imun, menggalakkan kulit dan bulu yang gebu.

Selain itu, ia boleh meningkatkan pertumbuhan otak, serta dapat merangsang selera makan si bulus korang.

Ia mengandungi jumlah semua asid amino penting, dan juga pelbagai asid lemak tepu dan tak tepu berkualiti tinggi.

Ianya amat sesuai untuk anak-anak kucing dan juga kucing peliharaan korang.

3. Beaphar Lactol Kitten Milk

Beaphar Lactol Milk Replacer for Kittens ialah sajian lengkap untuk anak kucing yang tiada ibu dari lahir hingga cerai susu. Juga sesuai sebagai khasiat tambahan untuk kucing hamil dan menyusu.

Susu minuman biasa tidak mengandungi cukup protein dan lemak yang diperlukan oleh kucing kecil dalam beberapa minggu pertama kehidupan mereka, yang boleh mengakibatkan kekurangan nutrisi penting yang diperlukan.

Beaphar Lactol Milk Replacer for Kittens kaya dengan protein dengan kandungan protein 32%.

Susu ini mengandungi taurin yang penting, asid amino yang penting terutamanya yang menyokong mata dan jantung.

DHA tambahan, asid lemak omega 3, adalah penting untuk perkembangan kognitif kucing baru lahir.

Beaphar Lactol Milk Replacer for Kittens diperbuat daripada bahan gred tinggi dan mengandungi semua nutrien penting termasuk vitamin, mineral semulajadi dan asid lemak.

4. Midalac Goat Milk

Midalac adalah susu kambing yang sangat sesuai untuk anak kucing yang baru lahir, kucing yang hamil dan menyusu, kucing yang sakit, dan kucing tua.

Dengan kandungan Casien yang lebih rendah berbanding dengan susu lembu, susu kambing adalah hidangan sempurna dalam bentuk susu untuk kucing kesayangan korang.

Ia lebih mudah dihadam berbanding dengan susu lembu dan tidak akan menyebabkan cirit-birit bagi kucing yang tidak serasi dengan laktosa.

Susu Kambing mengandungi jumlah karbohidrat, protein dan lemak yang sesuai untuk menggalakkan kesihatan dan pertumbuhan optimum kucing.

Ia juga mengandungi vitamin dan mineral seperti Vitamin A, B, kompleks, C dan kalsium untuk meningkatkan imuniti, kepadatan tulang serta kulit dan bulu.

5. Nekolac Goat Milk

Seperti susu sebelumnya, Nekolac Goat Milk memang dibuat untuk kucing yang baru lahir dan dewasa.

Walaupun begitu, korang boleh juga berikan susu ini kepada ibu kucing yang hamil atau menyusu.

Susu Kambing Nekolac mengandungi 200 jenis bahan nutrien dan faktor bioaktif, mudah dihadam dan bebas laktosa untuk memenuhi keperluan nutrisi dan mengelakkan kucing korang cirit-birit.

6. TURA Kitty’s Milk Powder

TURA Kitty’s Milk Powder adalah makanan susu yang sangat baik untuk anak kucing dan kucing dewasa kerana ianya tanpa bahan pengawet dan bahan tambahan.

Susu TURA Kitty’s mengandungi semua nutrien penting yang membantu tumbesaran anak kucing dan kucing muda.

Kebanyakan kucing cepat suka dengan susu ini dan ia juga mudah dihadam.

Ia adalah formula serbuk yang mudah dibancuh sesuai untuk penyusuan harian dan pengambilannya bergantung kepada keperluan setiap anak bulus korang.

7. Pets Own Natural Active Adult Cats Milk

Pets Own Cat and Kitten Milk ialah produk susu bahan semulajadi yang dirumus untuk berikan keseimbangan nutrien utama untuk haiwan kesayangan korang.

Kandungan Nutrien yang terdapat di dalam susu ini dipilih khas untuk beri keseimbangan tenaga dan pemakanan yang ideal untuk kucing korang yang aktif.

Susu ini mempunyai kandungan “linoleic asid” yang tinggi dan sangat penting dalam diet untuk menggalakkan kulit yang sihat dan bulu berkilat .

Ia juga kaya dengan rangkaian asid amino yang tidak terdapat dalam makanan dalam tin atau makanan kering yang mengandungi hanya protein berasaskan daging.

Tidak mengandungi pewarna, perasa atau pengawet tiruan.

Susu ini telah dikeluarkan semua laktosa yang membolehkan nutrien yang terkandung di dalamnya selamat dihadam tanpa kesukaran.

Kandungan 1100mg/L Glucosamine Sulphate bertujuan untuk kesihatan sendi dan mobiliti yang lebih baik pada usia yang lebih tua.

Pets Own Cat and Kitten Milk sarat dengan kalsium dalam bentuk yang semula jadi dan senang diserap. .

8. Fuzzy Pet Premium Goat’s Milk

Fuzzy Pet Premium Goat’s Milk dibuat dengan formula 100% bahan semulajadi yang sesuai untuk semua jenis kucing(maksudnya dari baby sampaila ke tua).

Susu ini tidak mempunyai bahan pengawet dan diperkaya dengan vitamin dan mineral yang membantu menguatkan sistem imun kucing.

Dengan 0% laktosa dan asid lemak penting, tidak hairanlah pengganti susu kucing ini boleh meningkatkan tenaga dan kesihatan kucing, membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan kucing.

Selain itu, ia juga menghalang kucing korang daripada terkena penyakit kulit tertentu dan juga melindungi usus.

Leave A Reply

Your email address will not be published.