Take a fresh look at your lifestyle.

5 Bag Kucing Carrier Kucing Yang Murah

0 399

Pernah tak korang kadang-kadang nak bawa kucing korang keluar pergi klinik atau jalan-jalan, diorang main sorok-sorok? Penat kan kejar diorang, nak dukung diorang? Sebab itulah, korang perlukan bag kucing.

Tak tahu nak beli bag kucing berkualiti tapi murah?

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 5 jenis bag kucing murah yang korang boleh beli.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Bag kucing Atau Carrier

1. Hagen Pet Voyageur 100

Ciri-Ciri

Sangkar kucing paling klasik yang korang boleh dapat.

Antara ciri-ciri Hagen Pet:

  • Ada kunci keselamatan
  • Mempunyai pintu tutup buka berkunci
  • Mempunyai lubang untuk pengaliran udara 
  • Ada banyak warna

Lepas guna ni, korang akan rasa senang hati bila nak bawa kucing korang pergi klinik. Tidak perlu main nyorok lagi.

2. Astronaut Pet Bag Capsule Cat

Ciri-ciri

Korang nak bawa kucing korang pergi jalan-jalan sekali dekat luar?

Apakata korang cuba dapatkan Astronaut Pet Bag Capsule.

Berikut ciri-ciri beg ini:

  • Sesuai untuk bawa kucing korang jalan-jalan kat luar
  • Corak kaca berbentuk sfera separuh 
  • Ada lubang untuk pengaliran udara kucing
  • Boleh tukar penutup 

Kekurangan

  • Tak boleh bawa banyak kucing
  • Perlu pakai seperti beg sekolah dan beratnya 1.2kg

Sekarang dengan beg kucing Astronaut, korang boleh bawa kucing kesayangan korang di mana-mana tempat korang nak pergi.

3. Catto Pet Carrier Splicing Zipper

Ciri-ciri

Korang tak suka bag kucing jenis kena sarung macam beg sekolah atau pegang dekat tangan?

Korang boleh cuba dapat beg kucing jenis sandang, iaitu Catto pet carrier splicing zipper.

Berikut ciri-ciri bag Catto:

  • Ada saiz M dan L
  • Ada 7 warna berbeza seperti hitam
  • Material bag yang selesa untuk kucing
  • Mudah untuk bawa travel
  • Bag ada pengaliran udara yang baik

Kekurangan

  • Hanya boleh bawa satu kucing
  • Tak sesuai untuk kucing gemuk dan bulat

Korang akan seronok sebab korang dah boleh bawa kucing kesayangan korang di tempat-tempat jauh. Bak kata-kata hikmah, susah senang bersama. Haha!Gitu.

4. Pet Car Carrier Booster Seat

Ciri-ciri

Korang ada buat kerja e-hailing macam Grab?

Korang nak tak bawa kucing kesayangan korang melawat ke tempat kerja korang?

Korang boleh dapatkan beg kucing jenis seat.

Antara ciri-ciri Pet Car Carrier Booster Seat:

  • Boleh cantum dengan tali pinggang kereta
  • Beg kalis air
  • Kucing tidak mudah jatuh

Kekurangan

  • Beg makan banyak ruang dalam kereta korang

Kucing kesayangan korang boleh jadi teman setia dan teman bermain. Alang-alang itu, baik korang bawa jer terus kucing kesayangan korang dengan beg Pet Car Carrier. Baru mood korang sentiasa baik dan happy jer 🙂

5. Large Lightweight Breathable Canvas Mesh Pet Carrier Cat Travel Bag

Ciri-ciri

Nak beg kucing ringan yang ada ruang besar untuk kucing korang?

Dapatkan beg jenis large dan lightweight ini.

Antara ciri-ciri large lightweight ialah:

  • Ada saiz M dan L
  • Boleh bawa banyak kucing
  • Senang nak bawa
  • Ada banyak warna

Kekurangan

  • Cepat rosak atau terkoyak
Leave A Reply

Your email address will not be published.