Take a fresh look at your lifestyle.

6 Jacket Waterproof Terbaik Untuk Penunggang Motor

0 615

Jacket waterproof terbaik adalah jaket yang direka khas untuk melindungi penunggang motor dari hujan dan cuaca basah.

Jaket ini dibuat dari bahan yang tahan air dan memiliki ciri-ciri khas seperti jahitan yang dijahit rapat, material tahan air, kain laminasi atau lapisan khas supaya tidak mudah tembus air.

Sebagai tambahan, beberapa jaket waterproof untuk penunggang motosikal juga dilengkapi dengan ventilasi yang membolehkan peredaran udara, agar tidak merasa terlalu panas dan berpeluh semasa pakai.

Ia juga direka khas untuk perlindungan dari angin dan rasa sejuk yang melampau.

Jacket waterproof dah jadi satu trend dan keperluan untuk penunggang motosikal di negara kita ni, memandangkan keadaan cuaca dan selalu hujan

Sekarang ini, kita ada pelbagai jenama yang menghasilkan baju hujan dari jenama terkemuka yang mampu dimiliki seperti Givi, jenama-jenama mahal yang diimport, dan juga jenama-jenama tempatan.

Dari pengalaman kami, tidak semestinya yang mahal itu baik kerana hujan di negara kita lebih lebat dari hujan di Eropah dan baju hujan untuk benua itu tidak begitu sesuai dipakai di Malaysia.

Di sini kami kongsikan senarai Jacket Waterproof terbaik untuk penunggang motorsikal .

1. Dainese Storm 2 Unisex Jacket

Jaket Unisex Dainese Storm 2 boleh dikategorikan jaket yang sempurna dan selesa dengan penggunaan fabrik breathable beserta ciri reflektif pada bahagian tepi.

Jaket ini diperbuat daripada fabrik jejaring breathable Hi-Vis yang diluluskan EN ISO 20471 sekaligus dapat memberi jaminan perlindungan yang baik kepada korang ketika hujan.

Jika korang tengok pada gambar di atas, ciri reflektif yang terdapat pada tepi jaket membuatkan korang mudah dilihat walaupun dalam keadaan cuaca yang gelap.

Selain itu, korang boleh letak barangan berharga korang dalam poket kerana bahagian tersebut kalis air ditambah pula bahagian zip ditutup untuk mengelakkan dimasuki air.

2. KOMINE JK006 Waterproof Fashion Denim Mesh Motorcycle Riding Jacket

Korang akan nampak lebih bergaya ketika menunggang basikal apabila memakai jacket ini kerana rekaan denim dan cutting slim fit.

Jacket ini diperbuat dengan material nylon, cotton dan polyester yang bermutu tinggi jadi sangat sesuai untuk penunggang motorsikal.

Selain itu, jacket ini turut dilengkapi dengan safety padding pada bahagian dada, bahu, siku dan belakang bagi melindungi bahagian badan korang sekiranya korang terjatuh.

Korang boleh pilih terdapat dua pilihan warna iaitu biru gelap dan hitam. Jacket ini keluaran negara Japan, maka size jacket mengikut saiz orang Japan (JP).

3. ADIDAS WND JACKET Windbreaker Sports GT9769 DZ0052 DZ0054

Jika korang seorang yang aktif melalukan aktiviti luar seperti riding, korang tidak perlu risau dengan keadaan cuaca hujan atau panas tidak akan menghalang korang kerana keupayaan jacket ini mampu menahan angin dan air hujan dengan baik.

Jacket ini sangat ringan dan tidak memberatkan pergerakan korang apabila terkena angin atau air hujan.

Jacket ini adalah jenis regular fit yang membuatkan korang berasa sangat selesa ketika memakainya.

4. Decathlon Hiking / Trekking Waterproof Jacket Men (Breathable)

Jacket ini mempunyai keupayaan kalis air yang baik dan sesuai untuk korang yang sering melakukan aktiviti luar.

Jangan risau, ciri jacket waterproof ini ringan dan menjadikan korang selesa ketika memakainya terutama ketika melakukan aktiviti riding.

Selain itu, jaket ini mempunyai ciri breathable dan berupaya menyerap peluh. Korang tidak akan rasa panas ketika memakai jacket ini ketika menunggang motor di waktu panas.

Tambahan lagi jacket ini mempunyai hood adjustable dan semi rigid visor untuk melindungi muka korang dari air hujan.

Terdapat satu poket di bahagian dalam dan dua poket tangan di luar untuk memudahkan korang menyimpan barang peribadi ketika melakukan aktiviti.

5. Forest Windbreaker Men Jacket Reflective Jogging Running Waterproof Jacket

Jacket ini sesuai untuk korang yang sering melakukan aktiviti luar seperti memancing, menunggang motorsikal atau aktiviti-aktiviti yang terlibat dengan air.

Diperbuat dari fabrik polyester yang berkualiti tinggi dan lapisan kalis air, menjadikan jaket ini mampu kalis air dalam tempoh tertentu.

Tambahan lagi terdapat penutup kepala dimana korang boleh menjerut mengikut keselesaan dan bentuk muka korang untuk perlindungan daripada air masuk terus daripada bahagian kepala.

Bukan itu saja, zip jaket ini mempunyai ciri reflektif dimana membolehkan susuk tubuh korang mudah dilihat apabila korang menunggang pada waktu malam.

Selain itu, terdapat dua poket besar yang disertakan zip supaya barang korang tidak mudah tercicir ketika melakukan aktiviti lasak.

6. Unisex Hiking Sport Jacket

Jaket ini mempunyai ciri tahan air dan tahan angin di mana menjadikan sangat praktikal untuk pelbagai aktiviti.

Korang boleh melakukan pelbagai aktiviti kerana jaket ini mempunyai ciri ketahanan air dan angin.

Malah dengan rekaan jacket berlengan panjang ini melindungi kulit korang dari terkena sinaran matahari dan hujan.

Tambahan pula jacket ini mempunyai hood yang boleh dijerut mengikut bentuk wajah korang sekaligus dapat menghalang air terus masuk ke bahagian dalam.

Jacket korang susah untuk berbau hapak kerana ia sangat mudah kering walaupun terkena air hujan yang banyak.

Jacket ini unisex, maka lelaki atau wanita boleh memakai jacket ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.