Take a fresh look at your lifestyle.

Sofa Terbaik Yang Sesuai Untuk Ruang Tamu

0 885

Kelengkapan perabot rumah ialah barangan yang digunakan untuk menjadikan rumah kelihatan lebih selesa dan lengkap. Sofa terbaik yang korang pilih dan letak di ruang tamu adalah antara perabot yang penting.

Ia boleh memberikan keselesaan kepada diri sendiri dan tetamu yang datang ke rumah.

Oleh itu, pemilihan jenis sofa perlu dititikberatkan agar bersesuaian dengan rumah.

Harga sofa tidaklah murah, jadi korang mesti memilih jenama sofa yang terbaik dan sesuai.

Jom tengok pilihan sofa yang sesuai untuk rumah korang semua…

Sofa Terbaik Dan Sesuai Untuk Ruang Tamu

1. Sofa Kayu 3 Tempat Duduk

Sofa kayu dengan bahagian atasnya ditutup dengan kain linen halus ini dihasilkan daripada material yang berkualiti tinggi.

Ia mempunyai reka bentuk Scandivania dan Japandi style yang ringkas tapi sangat menarik.

Warna untuk jenama ini sangat terhad.

Ia hanya datang dalam warna kelabu yang sangat ekslusif, menjadikannya sesuai untuk peminat reka bentuk dalaman yang minimalis.

Setiap pembelian akan diberikan manual untuk memudahkan korang pasang sendiri sofa ekslusif ini.

2. Sofa 3 Tempat Duduk bentuk L

Gaya kontemporari dan saiz besar sofa ini menjadikannya sesuai untuk ruang tamu dengan tema reka bentuk moden.

Sofa ini datang pelbagai jenis warna yang cantik dan bergaya, sesuai dengan apa sahaja tema ruang tamu.

Sofa ini memiliki ciri khas iaitu :

  • Kain Kalis Air/Upholsteri fabrik ultra lembut dan tahan lama
  • Boleh duduk sehingga 3 orang dengan selesa
  • Kusyen tempat duduk yang lembut, mewah dan tahan lama
  • Tersedia dalam pelbagai warna yang menarik agar sesuai dengan tema rumah korang.

3.  Sofa set 2+3

Sofa set 2+3 ini didatangkan dengan pelbagai variasi dengan gaya moden dan Scandivania.

Ia di reka dengan ringkas tapi menarik.

Sofa jenis ini sesuai untuk ruang tamu sederhana besar. Tak sesuai untuk ruangan kecil.

Kerusi kecil yang disediakan boleh dijadikan tempat duduk, tempat letak kaki atau boleh juga dijadikan meja sisi kecil untuk letak barang.

Design sofa ini mudah dibersihkan jika berhabuk.

4. Sofa 4 Tempat Duduk – Reka Bentuk /Sofa/Katil Sofa

Sofa yang boleh muatkan 4 orang ini mempunyai fungsi istimewa iaitu boleh dilipat ikut kesesuaian penggunaan.

Sofa ini ada tiga tahap pelarasan : 90°, 135° dan 180°.

Sofa lipat moden ini dibuat dari fabrik yang berkualiti dan ‘breathable’.

Korang akan tetap rasa selesa dan tak berpeluh walau duduk di sofa ni dalam tempoh yang lama.

Reka bentuk yang simple menjadikan sofa ni mudah di jaga dan dibersihkan. Cuma hati-hati, sebab sofa ini bukan kalis air.

Selain dari faktor harga yang murah, reka bentuknya yang moden dan kontemporari membuatkan ramai yang minat dan suka kan sofa ini.

5. Sofa 3 Lapisan Kartun- Sofa Kecil Serbaguna (Sofa Duduk/Sofa Berbaring)

Kanak-kanak pasti akan suka dengan pelbagai bentuk watak kartun yang dipaparkan pada sofa yang comel, ringan dan mewah ini.

Paling best, sofa ni boleh dibuka menjadi tilam mini.

Bersaiz sederhana dan ringan, menjadikannya mudah dibawa ke rumah atau di luar untuk aktiviti seperti berkelah dan lain-lain.

Sofa kanak-kanak ini selesa dan padat dengan material kapas PP yang terbaik.

Kain luar boleh ditanggalkan melalui zip dan dicuci.

Sofa ini juga sangatlah ringan dan memudahkan kanak-kanak untuk angkat sendiri.

Walaupun sofa ini terlihat seperti mainan kanak-kanak, tetapi kualiti pembuatan sofa ini sangatlah berkualiti dan juga tahan lama.

6. Set Sofa 3 Tempat Duduk Sofa/Bentuk L/Kotak Penyimpanan/Katil/Sofa Pelbagai Fungsi

Terdapat dua pilihan warna untuk sofa berbentuk L ini iaitu kelabu dan biru.

Sofa ini boleh diletakkan di pelbagai kawasan, sama ada bersaiz besar, kecil atau sederhana.

Sofa ini diperbuat daripada kulit, yang menjadikannya kukuh dan mudah dibersihkan jika berhabuk, dipenuhi bulu haiwan peliharaan atau kotoran lain.

Tempat letak kepala sofa ini boleh ditukar mengikut keselesaan pengguna juga.

Selain daripada menjadikan katil, sofa ini juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk menyimpan barangan dan secara tidak langsung dapat membantu ruangan kita menjadi minimalis tanpa adanya almari ataupun kotak penyimpanan barang yang lain.

7. 1/2/3 Tempat Duduk Sofa KayuSolid (Boleh Tanggal/Boleh Basuh)

Model sofa memang jadi pilihan bagi yang suka gaya simple dan minimalis.

Reka bentuk Nordic yang anggun dan kontemporari.

Saiz untuk setiap sofa adalah seperti berikut :

  • 1 Seater(65*61*71cm)
  • 2 Seater(115*61*71cm)
  • 3 Seater(140*61*71cm)

Warna :

  • Khaki
  • Dark
  • Grey

Material :

  • cotton
  • linen

Diperbuat daripada bahan yang berkualiti termasuk kapas, kayu, span dan kain UPH.

Jika nak pasang sendiri pun senang sahaja.

8. Sofa 1 Tempat Duduk/Boleh Berbaring

Sofa boleh laras atau recliner ini menjadi pilihan ramai yang suka menjadikan ruang tamu sebagai ruang rehat.

Ia boleh dilaraskan daripada postur bersandar (110°) kepada kedudukan berbaring (180°).

Berehat sambil merebahkan badan dan melunjurkan kaki, memang selesa. Rasa hilang segala penat seharian ditempat kerja.

Bahagaian tepi sofa dilengkapi dengan poket. Boleh simpan majalah, remote atau barangan kecil yang mudah capai untuk diguna semasa berbaring.

Bahagian tangan dan sekitar armrest pun dibuat dari material lembut. Ini memberikan sokongan yang baik dan selesa pada pinggang dan tulang belakang.

Sofa dari KitchenZ ini diperbuat dari material yang berkualiti dan tahan lasak.

Warna yang available adalah

  • Grey
  • Brown
  • Clay
  • Blue

Setiap pembelian akan diberikan 1 tahun warranty

Sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur.

Leave A Reply

Your email address will not be published.