Take a fresh look at your lifestyle.

Pelembut Pakaian Terbaik – Wangi Semerbak Dan Tahan Lama

0 2,882

Masa sekarang, penggunaan pelembut fabrik bukan sekadar trend, tapi lebih kepada keperluan dan keselesaan. Sebab itulah ramai ibu-ibu mencari pelembut pakaian terbaik untuk keluarga mereka.

Penggunaan pelembut memastikan pakaian kekal lembut dan tidak terasa kasar walaupun dibasuh berulang kali. Paling penting, ia memberikan bau yang wangi dan segar.

Bukan semua pelembut kain sesuai dengan setiap orang. Ada kulit yang sensitif dan tak sesuai dengan pelembut kain jenama tertentu. Sebab itulah kena cari yang terbaik dan sesuai dengan seisi keluarga.

Jom tengok jenis pelembut kain pilihan ibu-ibu yang ada di pasaran kat bawah ni.

Pelembut Pakaian Terbaik

1. COMFORT Ultra Blossom Fresh

Comfort Ultra Blossom Fresh adalah dari jenama wangian yang digemari oleh ramai keluarga di seluruh Malaysia.

Jenama ni best sebab 5 in 1.

Bila guna pelembut ni, pakaian kita jadi sentiasa segar, wangi, lembut dan jaga pakaian kita dari mengecut.

Molekul wangian kecil menyerap masuk ke bebenang pakaian semasa mencuci untuk mengeluarkan minyak wangi yang menyenangkan dan segar pada pakaian. Teknlogi ‘Encapsulated Fresh Release’.

Ini menjadikan jenama ini sebagai pelembut pakain terbaik.

2. Downy Sunrise Fresh Concentrate Fabric Conditioner

Pakaian kekal segar walaupun selepas seharian bekerja dengan menggunakan pelembut kain Downy Sunrise Fresh. Ramuan anti-bau produk jenama ini mengatasi bau busuk.

Ha… sebijik macam dalam iklan kan.. hehe.

Pelembut jenama Downy ni memang jadi perhatian dan pilihan bukan sekadar pada suri rumah, tapi satu keluarga sukakan wangian ni.

Sebab tu lah ramai remaja atau yang bujang tetap akan guna pelembut ni walau di asrama, kolej atau rumah sewa. Dah terbiasa dengan wangian pakaian dari rumah.

Walaupun harganya agak mahal berbanding yang biasa, ia tetap jimat sebab guna dalam kuantiti separuh sahaja dari pelembut biasa.

Saya pun suka pakai jenama ini.

3. K-MOM Natural Pureness Baby Laundry Detergent USDA Organic 

Ekstrak tumbuhan dan bahan kimia semulajadi digunakan untuk membuat pelembut kain K-Mom Naturefree ni.

Ia mesra alam dan terbiodegradasi kerana ia diperbuat sepenuhnya daripada minyak sawit asli.

Dengan 5 komponen utama dan pensijilan Organik USDA, produk ini boleh menstabilkan dan melembapkan kulit.

Produk ini tidak mengandungi bahan kimia yang memudaratkan kulit termasuk paraben, alkohol dan propylene glycol.

Sudah tentu, pelembut ini sesuai untuk orang yang alah kepada pelembut fabrik, yang mungkin menyebabkan masalah kepada kulit.

4. Buds Organics Baby Safe Laundry Detergent 

Tidak seperti pelembut fabrik lain yang menggunakan komponen sintetik yang berasal dari haiwan, pelembut BUDS ni diperbuat daripada tumbuhan organik dan minyak.

Ke dua-dua benda ini penting untuk memberikan kelembutan dan bau semula jadi pada pakaian anak-anak kita.

Pelembut fabrik ini, yang mengandungi jus Aloe Vera, lembut pada kulit sensitif bayi. Baunya pun sangat menyenangkan.

Semua bahan adalah mesra alam, mudah terbiodegradasi dan selamat digunakan.

5. Softlan Anti Wrinkles Fabric Conditioner

Pelembut pakain dari Softlan ini mengekalkan pakaian yang telah dibasuh dengan menjadikannya lebih lembut, segar, mudah diseterika dan kurang berkedut.

Pakaian juga menjadi kurang statik, dan lembut, menjadikan pemakai lebih selesa dalam pakaian yang telah dibersihkan.

Harga pun sangat mampu milik. Sebab tu lah ramai yang guna jenama ini.

Untuk memastikan pakaian korang sentiasa segar dengan aroma semulajadi pelembut fabrik ini, pastikan korang guna dalam kuantiti yang betul ye.

6. TOP Advanced Micro-Clean Tech Fabric Conditioner

TOP Advanced Micro-Clean Tech Fabric Conditioner membuatkan pakaian jadi sangat lembut dan juga sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit sensitif.

Teknologi ‘FibreTech’ pelembut fabrik ini melembutkan semua jenis tekstil dan fabrik.

Aroma ‘Micropods’ pelembut fabrik ini akan menyusup masuk ke dalam gentian pakaian dan memberikan kesegaran yang berpanjangan kepada si pemakai.

Wangian pada baju pun tahan lama.

7. Daia Fabric Softener Morning Mist

Terdapat banyak pelembut fabrik yang murah di pasaran, tetapi pelembut fabrik jenama Daia ini kerap menjadi pilihan pelanggan.

Selain dari sebab harganya yang sangat murah, bau wangi dari jenama ini buatkan ia jadi pilihan ramai.

Pelembut fabrik ini berkesan menghilangkan bau yang tak menyenangkan dari pakaian korang.

Selepas basuh baju guna pelembut kain ni, pakaian menjadi bebas statik dan sesuai untuk semua jenis pakaian termasuk barangan bayi.

8. COMFORT Ultra Concentrated Aromatherapy Magical

Pelembut kain Comfort Ultra Aromatherapy ialah pelembut fabrik eksklusif pasaran yang mengandungi 100% minyak pati asli dan tulen.

Walaupun pelembut fabrik lain memfokuskan bau yang tahan lama, wangian aromaterapi yang disediakan oleh pelembut fabrik ini amat menyegarkan dan menyamankan.

Pakaian akan berbau segar dan menyenangkan sehingga 14 hari walau hanya guna separuh daripada penutup botol sahaja.

Leave A Reply

Your email address will not be published.