Take a fresh look at your lifestyle.

Penapis Air Luar Rumah Murah Bawah RM500

0 270

Walaupun negara kita terkenal dengan negara yang memiliki kualiti air yang bersih berbanding dengan negara lain, ada juga sesetengah tempat lain yang masih menggunakan penapis air luar rumah kerana masalah air yang tak bersih.

Ada juga yang menggunakan penapis air luar rumah kerana mereka inginkan air yang masuk ke tangki dan keseluruh rumah adalah yang sudah ditapis.

Di bawah ni, saya senaraikan penapis air luar rumah yang terbaik dan berbaloi untuk digunakan.

Penapir Air Luar Rumah

1. Aquaman FRP935 Outdoor Water Filter

Penapis air jenama ini didatangkan dengan 5 jenis tapisan untuk mendapatkan air yang bersih tanpa sebarang kekotoran.

Ianya direka khas untuk digunakan dengan pap air biasa yang ada di rumah korang tanpa perlu sebarang modifikasi lain. Sangat mudah untuk pasang. Proses penyelenggaraan juga boleh dilakukan sendiri di rumah.

Rekaan luar yang terdiri daripada 7 lapisan fiber tahan lasak yang membuatkan penapis air ini mustahil untuk mengalami kebocoran ataupun pecah.

Sesuai digunakan pada kawasan rumah jenis teres, flat, kondominium dan apartment. 

2. AQUACO OUTDOOR WATER FILTER AUSTRALIA IMPORTED ZEOPLUS ( HALAL CERT MEDIA )

Jenama penapis air yang mendapat kelulusan sijil Halal dari JAKIM.

Malah turut diperakui keberkesanan dan keselamatan dari Persatuan Peniaga Penapis Air Malaysia (MWFA). 

Tangki ini amatlah sesuai untuk korang yang jenis setia pada yang satu kerana ianya sangatlah tahan lasak dan kualitinya yang menjamin 10 tahun kegunaan tanpa masalah.

Perkara menarik yang ada pada penapis ini adalah, penapisnya dihasilkan daripada bahan-bahan organik seperti gentian kelapa dan gentian halus.

Untuk menggunakan fungsi pembersihan automatik ataupun backwash korang hanya perlu tolak injap pengawal penapis dan siap.

Backwash perlu dilakukan sebanyak sekali seminggu untuk memastikan penapis korang sentiasa bersih.

3. AMGO UF600L ~ UF1000L Ultra Filtration UF Membrane Water Filter Purifier Outdoor Kitchen Filter

Datang dengan rekaan yang kecil dan mampu membersihkan air di rumah korang tanpa ada masalah seperti penapis lain yang besar.

Saiznya yang kecil amatlah sesuai digunakan untuk korang yang memiliki rumah yang kecil ataupun rumah yang tidak ramai penghuninya.

Penapis ini di reka untuk menapis segala jenis kekotoran termasuklah kotoran yang kecil sekalipun kerana ia memiliki tapisan air yang sangat halus (0.01 micron).

Reka bentuknya yang kecil dan juga menarik ini sesuai untuk diletakkan di kawasan luar rumah. Ianya adalah anti karat kerana diperbuat daripada stainless steel.

4. BESUTO SS304 UF600 / UF1000 600L/H 1000L/H Ultra Filtration Membrane Water Filter for Outdoor 0.01 Micron

Penapis air ini patutnya menjadi pilihan utama untuk korang kerana ianya mudah untuk dipasang, boleh diselenggara sendiri dan juga dapat menjaga kualiti air untuk penggunaan di rumah korang.

Penapis air ini mampu menapis segala jenis bakteria dan juga kekotoran lain, memberikan jaminan pembersihan air daripada benda asing sebanyak 99.99%.

Apa yang menariknya mengenai penapis air ini ialah, boleh dipasang dengan 2 kedudukan seperti menegak ataupun melintang.

Ianya juga sangat sesuai untuk diletakkan di kawasan luar rumah korang kerana diperbuat daripada stainless steel yang tahan karat dan juga tahan lasak.

Mempunyai fungsi backwash yang memudahkan korang untuk menjaga kebersihan pada penapis air ini untuk mengelakkan ia daripada tersumbat.

5. 2000L/H 3000L/H Water Filter Ultra Filtration UF Membrane Water Filter Water Purifier Penapis Air Outdoor Master Filter

Penapis air ini didatangkan dengan ultra filter yang membuatkan ianya mampu memerangkap kotoran yang berukuran sahalus 0.01 micron.

Perkara menarik yang terdapat pada penapis air jenama ini ialah bukan sahaja mampu menapis kotoran dan bakteria tetapi juga boleh menyingkirkan patogen yang ada di dalam air.

Korang boleh menyelenggara penapis air ini sendiri tanpa memakan kos yang tinggi hanya dengan menggunakan sistem back washing yang telah disediakan untuk penapis air ini.

Kerana datang dengan rekaan yang cantik dan dihasilkan daripada stainless steel maka ianya sesuai dipasang di mana-mana sahaja persekitaran di rumah korang tanpa perlu risau berkarat ataupun kemek.

6. PRIME X3 CUCKOO Water Filter PRIME X3

Kebiasaanya penapis air Cuckoo yang dikenali dengan penapis kecil yang digunakan untuk menapis air minuman kita, tetapi ada juga produk Cuckoo yang mampu menapis air untuk kegunaan satu rumah.

Kualiti daripada penapis air ini mampu menapis kotoran sebesar 0.01 micron.

Penapis ini juga tersedia dengan sistem pembilasan automatik serta lengkap bersama teknologi penapisan ‘Nano Positive Filter’ hanya dikeluarkan oleh Cuckoo. 

Penapis air ini juga bukan sahaja dapat membersihkan air daripada kotoran tetapi juga dapat memberikan kebaikan yang lain pada air untuk rumah korang.

Rekaan penapis ini yang dihasilkan daripada stainless steel membolehkan korang meletakkanya di kawasan luar rumah tanpa menghiraukan masalah karat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.