Take a fresh look at your lifestyle.

Serum Anti Aging Terbaik Di Malaysia

0 690

Adalah lumrah alam yang muda pasti akan tua dan itulah hakikatnya yang perlu kita terima. Dan kita tidak boleh lari dari proses ini.

Bila sampai waktunya, kulit wajah kita akan semakin kendur dan berkedut.

Namun, kulit yang kendur dan kedutan boleh dicegah atau dirawat dengan krim anti-penuaan yang terdapat di pasaran, yang dilengkapi dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan kedutan pada wajah.

Tidak kira umur korang, sangat penting untk menjaga dan mengekalkan penjagaan kulit muka.

Jom kita lihat senarai produk serum anti-aging yang ada di pasaran yang boleh korang cuba.

Serum Anti Aging Terbaik

1. Garnier Light Complete Booster Serum With Vitamin C

Serum ni mempunyai multi-fungsi yang dapat melembapkan, mengawal pengeluaran minyak dan juga mengurangkan bintik-bintik hitam.

Seperti yang korang tahu, produk Garnier sangat terkenal dengan keberkesanannya dalam mengurangkan parut jerawat serta mencerahkan kulit .

Serum ini dihasilkan dari ekstrak buah lemon dan asid Salicylic yang membuatkan teksturnya lebih ringan dan mudah menyerap di dalam kulit kita.

Selain itu, seperti produk-produk lain juga serum ini dapat melindungi wajah kita dari UVA dan UVB.

2. Wardah Renew You Anti Aging Intensive Serum

Wardah juga merupakan satu produk yang terkenal dan harganya yang mampu dimiliki.

Wardah Renew You Anti Aging Intensive Serum berfungsi untuk merawat kulit korang yang mulai mengalami tanda-tanda penuaan.

Serum ini diformulasi dari ekstrak stem sel epal dengan kandungan 5 Botanical extract yang akan melindungi kulit dari penuaan dan juga melembapkan kulit.

Selain itu, serum ini akan bantu penghasilan sel kulit baru dan membuatkan muka korang tidak kusam lagi.

3. Hexa Peptide Serum Original Repair Collagen Essence Lifting Firming Skin Care

Serum Hexa Peptide dirumus secara saintifik bagi mengurangkan garis-garis halus dan kedutan serta melembapkan kulit.

Serum ni dapat membuatkan kulit korang lebih anjal , licin dan kelihatan awek muda. Ha.. ni yang kita nak kan.

Selain itu, dengan pemakaian serum masalah liang pori terbuka juga dapat diselesaikan.

4. Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion

Menginjak umur ke 30-an ni, tanda penuaan mula terlihat di leher dan muka. Ini kerana leher merupakan bahagian yang kita sering abaikan. Leher hitam, leher menjadi kendur, dagu berlapis, serta kulit menjadi kusam merupakan di antara tanda-tanda penuaan.

Ini kerana semakin berumur kita, semakin kurang penghasilan kolagen di dalam kulit kita. Maka mulalah hilang keyakinan diri. Takpe, jangan risau, dengan adanya Safi Youth Gold semua masalah korang selesai. Kulit menjadi lebih anjal, halus dan muda daripada usia korang.

Safi Youth Gold diformulasikan dengan teknologi Golden C-Lift. Dimana bahan utama di dalam koleksi ini ialah Vitamin C dan diperkuatkan dengan Nano emas 24K serta 98% emas tulin. Menarik bukan?

Saya sukakannya kerana teksturnya tidak melekit, cepat je meresap ke dalam kulit serta baunya yang wangi.

Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives iaitu gabungan Golden C dan Ceramic 3 untuk 7 Dimensi pembaharuan keremajaan kulit yang menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak.

5. Olay Regenerist Advanced Anti Aging Series

Saat muda, mungkin kita tidak terlalu perlukan skincare kerana kondisi kulit wajah kita masih elok.

Namun apabila kita semakin berumur, kondisi kulitnya semakin menurun sehingga skincare anti -aging seperti rangkaian produk Olay Regenerist sangat diperlukan.

Salah satu produk terbaik Olay Regerist adalah serumnya. Serum ini dapat mengatasi masalah penuaan dan membuat kulit korang lebih tegang seperti remaja.

6. Pond’s Age Miracle Youthful Glow Double Action Serum

Masalah penuaan adalah satu kegusaran bagi setiap wanita yang berumur meskipun hal itu terjadi kerana faktor usia.Masalah ini akan lagi cepat muncul apabila kulit kita terlalu terdedah kepada sinaran matahari dan juga pencemaran.

Dengan mengunakan serum ini, ia sangat powerfull mencerahkan kulit kusam dan noda hitam dengan adanya B3 kompleks.

Selain itu, terdapat kandungan Retinol C nya mampu memudarkan garis – garis halus dan kedutan kerana serum ini dapat merangsang produksi kolagen sehingga kulit kembali tegang.

7. Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum

 

Produk ni merupakan serum gel yang berasaskan air yang dikuasai oleh ekstrak buah dan diformulasikan dengan minyak Tea Tree dan Vitamin B3 (Niacinamide) bagi mengawal penghasilan minyak yang berlebihan pada wajah kita terutamanya di kawasan T-Zone (dahi, hidung dan dagu).

Ianya amat sesuai bagi korang yang mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Selain daripada minyak Tea Tree dan Niacinamide, ianya juga mengandungi Aloe Vera dan Chamomile.

Antara kebaikan serum ini adalah membantu mengurangkan jerawat, membantu membersihkan liang-liang pori tersumbat, membantu mengawal penghasilan minyak yang berlebihan di wajah dan juga membantu mengembalikan kelembapan semulajadi kulit.

Leave A Reply

Your email address will not be published.