Take a fresh look at your lifestyle.

5 Wax Rambut Lelaki Terbaik di Malaysia

0 1,042

Sememangnya lumrah lelaki lebih gemar gaya yang lebih simple dan mudah. Tetapi, zaman telah banyak berubah dan kaum lelaki juga kini seiring dengan kaum wanita dalam bab bergaya. 

Seperti yang kita ketahui, produk penjagaan rambut lelaki juga telah banyak berada di pasaran dan bukan kaleng-kaleng harganya. Pelbagai jenama dan bentuk rupa mengikut kehendak si pemakai. Salah satunya adalah Wax Rambut.

Wax Rambut adalah produk rambut yang mengandungi bahan dasar lilin dan mempunyai kemampuan luar biasa. Produk ini boleh membuat rambut korang menjadi keras dan basah. Selain itu juga, boleh melembabkan rambut, membuatnya berkilau, dan juga menambah volume rambut.

Sekiranya korang mempunyai kulit kepala yang berminyak dan rambut yang pendek, wax rambut adalah pilihan terbaik untuk korang jika dibandingkan dengan produk penggayaan rambut lelaki yang lain. Ia lebih mudah digayakan.

Berikut senarai wax rambut terbaik yang terdapat di pasaran untuk pilihan korang.

Wax Rambut Lelaki Terbaik Di Pasaran

1. G9 Bad Lab Lock and Load Solid Texture Man Hair Wax

Produk ini diformulasikan dengan Fluidipure 8G membantu mengurangkan kerengsaan dan bau kulit kepala korang. Kemasan yang sangat licin , sangat berkilat adalah satu-satunya perkara yang akan memuaskan hati korang.

Tambahan lagi wax rambut ini mudah dibasuh hanya dengan mengunakan air sahaja. Oleh itu, korang perlu elakkanla rambut korang dari terkena air. Takut nanti gaya rambut korang musnah.

Cara mengunakannya korang hanya perlu menyapukan dan meratakan melalui rambut yang dikeringkan dengan tuala atau lembap. Gayakan rambut korang seperti yang dikehendaki. Sesuai untuk semua jenis rambut.

Selain itu, bagi yang islam korang tidak perlu risau atas status kehalalan produk ini. Produk ini bebas alkohol dan disahkan halal.

2. SCHWARZKOPF Osis+ Texture Flexwax

Schwarzkopf Professional Osis+ Flexwax Ultra Strong Cream Wax ialah Wax Rambut yang dirumuskan untuk membolehkan korang menggayakan semula rambut berulang kali.

Selain itu, Wax Rambut ini akan memberikan korang kemasan kilauan semula jadi tanpa meninggalkan sebarang sisa berminyak. Osis Flexwax sesuai untuk kegunaan harian korang dan ia mudah dicuci.

Bagi korang yang berambut panjang dan tebal, wax ini adalah pilihan terbaik kerana mampu menaikkan volume dan tekstur rambut dengan formula Beeswax dan Cera Caranauba.

3. GATSBY Styling Wax Hard Keep Type

Gatsby merupakan salah satu jenama produk styling yang paling dikenali dikalangan lelaki dan mempunyai permintaan yang tinggi.

Wax ini dihasilkan dari ekstrak bahan semulajadi maka ia tidak membahayakan rambut korang jika menggunakan wax rambut ini.

Bagi korang yang bekerja dan berada di luar seharian bukan lagi masalah sekiranya korang menggunakan Gatsby Styling Wax Hard and Keep Type.

Ini kerana Wax Rambut ini berupaya memberi kesan tahan lama hingga sepanjang hari tanpa perlu untuk korang mencalit wax berulang kali.

4. Tigi Bed Head B For Men Matte Separation Workable Wax

Wax Rambut ini diperakui wax rambut terbaik untuk korang yang berambut keriting. Ini kerana Wax ini adalah untuk lelaki yang inginkan pegangan, gaya dan kemasan semula jadi.

Diformulasikan beeswax, cera caranauba dan campuran polymer menjadikan produk ini dapat membantu mengekalkan pengayaan rambut korang.

Selain itu, wax ini juga dapat menambah kelembapan rambut korang.

5. HANZ DE FUKO Hybridized Wax

Hanz de Fuko Hybridized wax ini sangat sesuai untuk korang yang berambut kering tetapi masih ingin rambut korang kelihatan bergaya seperti orang lain.

Bagi korang yang berambut kering kebiasaannya akan mengalami masalah rambut korang kurang bermaya dan pecah serta hujung bercabang.

Dengan bahan-bahan yang ada di dalam Wax rambut ini, ia dapat membuatkan rambut korang kelihatan sihat dan lembap sepanjang hari.

Leave A Reply

Your email address will not be published.