Take a fresh look at your lifestyle.

7 Mesin Tekanan Darah (Blood Pressure) Terbaik di Malaysia.

0 2,566

Yang mencari mesin tekanan darah terbaik untuk digunakan di rumah, boleh baca ni sampai habis ye…

Sebelum kita melihat senarai alat mengukur tekanan darah yang perlu ada di rumah korang, ada baiknya kita “tahu” sedikit fakta dan sebab kenapa perlunya mempunyai alat ini sendiri.

Mempunyai sebuah alat tekanan darah adalah satu kelebihan terutamanya di saat kecemasan. Bukan sahaja membantu korang mendapatkan bacaan awal sebelum ke hospital bahkan dapat mengelak diri korang daripada terkena serangan penyakit seperti darah tinggi dan darah rendah.

Terdapat pelbagai jenama alat tekanan darah di pasaran. Tetapi apakah jenama alat atau mesin tekanan darah terbaik dipasaran? Mesin tekanan darah terbaik dapat membaca tekanan darah yang lebih tepat dan jitu. Selain itu ia juga alat tersebut perlu tahan lama dan tahan lasak.

Bacaan tekanan darah normal adalah sekitar kurang dari <130 atas dan <85 bawah.

Untuk bacaan yang terbaik (optima) adalah sekitar <120 atas dan <80 bawah. Jika ada keganjilan dalam bacaan tekanan darah, silalah berjumpa dengan doktor dengan segera.

Jom kita tengok alat tekanan darah terbaik dari jenama terkenal dibawah ini.

Mesin Tekanan Darah Terbaik

1. Bplife Blood Pressure Monitor Arm Type Electronic

Alat Pengukur Bplife Blood Pressure ini mendapat pengesahan daripada KKM, Maka bacaannya adalah dijamin tepat.

Alat ini berfungsi hanya dengan menggunakan bateri AAA dan kabel USB dan memiliki fungsi Double Memory di mana boleh menyimpan data ukuran tekanan darah untuk 2 orang. 

Selain itu, bahagian cuff lengannya juga selesa dipakai dan muat dengan semua jenis saiz lengan. Jadi, bagi korang yang berbadan besar tak perlu risau untuk mengunakan alat ini.

Buku panduan cara penggunaan turut disertakan bagi membantu korang mengunakan alat ini dengan betul.

2. Wrist Electronic Sphygmomanometer Home

Sphygmomanometer ini adalah salah satu alat pengukur tekanan darah yang korang mampu milik.

Ia sangat mudah untuk digunakan kerana hanya perlu memakai alat ini pada pergelangan tangan korang untuk ketahui bacaan tekanan darah. 

Selain itu, ia sangat sesuai untuk kegunaan di rumah terutamanya jika korang seorang yang pentingkan kesihatan atau ada ahli keluarga yang sakit. 

Ia sangat praktikal kerana terdapat skrin besar yang akan memudahkan orang tua untuk lihat data ukuran tekanan darah dengan lebih jelas.

3. OMRON HEM-7120 Automatic Blood Pressure Monitor

OMRON HEM-7120 adalah jenama monitor tekanan darah automatik yang paling dipercayai yang menjanjikan ketepatan, keselesaan dan kemudahan penggunaan.

Dengan hanya menggunakan bateri 4 bateri AA ia masih boleh mengesan jika detak jantung korang tidak sekata.s

Simbol Hypertension Indicator Heartbeat akan berkelip jika tekanan sistolik atau diastolik korang berada di luar julat yang normal (lebih 135 sistolik/85 diastolik mmHg).

Selain itu, ia mempunyai fungsi Body Movement Detection di mana akan mengukur semula tekanan darah apabila mengesan terdapat kesilapan disebabkan jika korang melakukan pergerakan badan.

4. Sphygmomanometer Manual Blood Pressure Meter Cuff

Alat pengukur tekanan darah nie mesti korang biasa tengok digunakan oleh pelajar-pelajar MEDIC. Ini kerana ia akan dapat sekali dengan Stetoskop secara percuma.

Ia sangat mudah digunakan, meter tekanan darah manual ini hadir dalam beg khas untuk memudahkan korang bawa ke mana saja. 

Walaupun alat ini memerlukan korang untuk pam sendiri menggunakan cara manual, namun keputusan tekanan darah yang dihasilkan tetap tepat.

5. Samu Giken Arm Blood Pressure LCD Monitor Heart Beat MS-SG-RAK283 6 IN 1

Alat tekanan darah Samu Giken adalah alat yang mampu dimiliki. Oleh itu, korang boleh melabur membeli alat ini untuk standby di rumah atau dihadiahkan kepada ibu dan ayah korang.

Ini kerana walaupun harganya murah tetapi ia memberikan bacaan tekanan darah yang tepat.

Alat tekanan darah ini berfungsi dengan mengunakan bateri AAA dan kabel USB dan boleh simpan data tekanan darah untuk 2 orang dalam 1 masa. Walaupun, ia mengunakan bateri tetapi korang tidak perlu risau kerana tekanan darah ini akan tertutup secara automatik jika tidak beroperasi selepas 1 minit.

6. Rossmax Blood Pressure Monitor X1 Basic

Jika korang disahkan menghidapi penyakit hipertensi, korang boleh juga membeli alat pengukur tekanan darah dari jenama Rossmax ini.

Ini kerana ia lengkap dengan fungsi Hypertension Risk Indication dan juga boleh mengesan degupan jantung korang yang tak sekata. 

Selain itu, screen LCD nya sangat besar dan senang untuk dibaca.

Cara menggunakannya juga sangat ringkas, korang hanya perlu pakai cuff lengan ergonomik yang sesuai dengan semua saiz lengan dan kemudian tekan butang pada mesin.Paling penting, alat ini tidak menyebabkan ketidakselesaan pada lengan.

7. OUSON+ Care Arm Type Digital Blood Pressure Monitor

Mesin tekanan darah OUSON+ ini menggunakan teknik terkini agar korang memperolehi bacaan yang paling tepat mengikut standard klinikal. 

Korang boleh menggunakan alat ini dengan 2 cara iaitu menggunakan 4 bateri AA atau disambungkan dengan kabel USB yang disediakan. 

Ia mampu menyimpan data untuk dua orang pengguna dalam 1 masa di mana setiap pengguna boleh merekod hingga 99 ukuran tekanan darah. 

Selain itu, saiz cuff nya terdapat dalam tiga pilihan saiz iaitu saiz 22-32cm (S), 22-48cm (L) dan 22-52cm (XL). 

Jangan risau, mesin ini telah mendapat pengesahan KKM dan tempoh waranti selama 3 tahun.

Leave A Reply

Your email address will not be published.