Take a fresh look at your lifestyle.

7 Jenama Pregnancy Test terbaik di Malaysia

0 752

Yang sedang mencari pregnancy test terbaik, korang kena tengok post ini sampai habis ye.

Alat ujian kehamilan mengesan hormon hCG yang dikumuhkan di dalam air kencing. Kadar hormon ini adalah tinggi ketika hamil.

Untuk makluman korang, semua jenis alat kehamilan yang terdapat di pasaran adalah menggunakan mekanisma yang sama. Namun mungkin terdapat sedikit perbezaan dari segi langkah penggunaan bagi produk-produk alat ujian kehamilan yang berlainan.

Bagi korang yang baru mendirikan rumahtangga, pastinya impian untuk memiliki cahaya mata pertama menjadi harapan tinggi bagi korang. Sebaik sahaja mempunyai tanda-tanda kehamilan dan merasakan perubahan pada tubuh dan pasti terus mencari alat ujian kehamilan di farmasi.

Tetapi bagi korang yang pertama kali ingin mengunakan alat ini, pasti tertanya-tanya pregancy test yang mana satu hendak dibeli. Ini kerana terdapat banyak pilihan Jenama yang terdapat di pasaran.

Oleh itu, di sini kami senaraikan jenama alat ujian kehamilan terbaik untuk korang.

7 Jenama Pregnancy Test Terbaik

1. Clearblue Plus Pregnancy Test (1s)

Produk Clearblue sememangnya boleh dipercayai dan terjamin keberkesanannya. Clearblue Plus merupakan pengesan UPT jenis stik yang sangat mudah untuk korang gunakan.

Ujian Kehamilan Clearblue Plus memberikan korang ujian kehamilan yang paling mudah dengan keputusan posotif (+) atau negetif (-) yang mudah dibaca dalam masa sepantas 1 minit dengan ketepatan lebih 99% dari hari jangkaan tempoh haid korang.

Reka bentuknya juga pernah memenangi anugerah kerana memenuhi citarasa para wanita.

2. Disclosure Urine (1 Pc)

UPT jenama Disclosure ini mudah korang dapat di pasaran. Ia juga merupakan salah satu jenama yang dipercayai dan digunakan oleh kebanyakkan wanita di Malaysia untuk membuat ujian kehamilan.

Ini adalah kerana UPT ini mudah didapati dan juga harganya yang murah. Jangan risau ya korang, walaupun harganya jauh lebih murah namun kualitinya terjamin dan diperakui.

Korang cuma perlu titiskan urin ke ruang yang disediakan dan tunggu beberapa minit untuk mendapat keputusan dan sekiranya paras hCG lebih tinggi, jalur kedua akan lebih cepat muncul.

3. DIP N TELL (2s’)

Dip N Tell pregnancy test merupakan jenama yang agak terkenal dan mudah di dapati di pasaran Malaysia.

Menariknya, ia terdapat 2 jenis UPT yang boleh digunakan oleh korang yang haid normal dan juga buat yang mengalami masalah haid tidak menentu.

Jadi korang perlu melihat dengan teliti, kerana warna bungkusan Dip N Tell pregnancy test yang berbeza menunjukkan jenis yang boleh dipilih mengikut kesesuaian korang.

Ia terbukti keberkesanannya sebanyak 99.9% atas keputusan ujian yang dibuat.

4. Clearblue Digital Pregnancy Test With Weeks Indicator

Bagi korang yang inginkan maklumat lanjut, Ujian Kehamilan Digital Clearblue dengan Indikator Penghamilan ialah seperti ujian 2 dalam 1 – bukan saja memberikan korang keputusan digital ‘Hamil’ atau ‘Tidak Hamil’ dengan jelas, ia juga memberitahu tempoh kehamilan anda (1-2, 2-3 atau 3+ minggu sejak penghamilan).

Bukan itu saja, ujian Kehamilan Digital Clearblue boleh digunakan seawal 4 hari sebelum hari dijangka haid dan keputusan jelas ‘Hamil’ atau ‘Tidak Hamil’ membuatkannya mudah dibaca berbanding ujian jalur biasa, yang boleh jadi sukar ditafsir (kajian menunjukkan 1 dari 4 wanita tersilap dalam membuat bacaan keputusan ujian jalur).

Sebab itulah Ujian Kehamilan Digital Clearblue adalah pilihan terbaik semua wanita.

5. Watsons One Step Pregnancy Test Strip – Antara pregnancy test terbaik

Alat ujian kehamilan keluaran Watsons ini pula adalah jenis strip. Cara menggunakannya amat mudah, hanya perlu celupkan strip dalam cawan atau bekas berisi air kencing. Keputusan akan keluar dalam masa 1 minit. 

Seperti produk-produk jenama lain, alat ujian kehamilan positif ini akan menunjukkan 2 garisan jika korang berbadan dua manakala hanya ada 1 garis kalau tidak hamil.

Boleh didapati dengan mudah di drugstore berhampiran korang atau di Shopee. Harganya pun murah, jadi bolehla korang beli banyak untuk buat stok dirumah.

6. First Response Early Result In-Stream Pregnancy Test

Bila korang rasa ada tanda-tanda awal kehamilan, lagi awal korang kesan adalah lagi baik. Dengan First Response Early Result In-Stream Pregnancy Test ia dikatakan UPT yang cukup sensitif untuk mengesan amaun hormon kehamilan dengan memberi keputusan 6 hari lebih awal daripada tarikh korang patut datang haid.

Lebih awal korang tahu korang hamil, lebih cepat untuk korang boleh memulakan pilihan kehamilan yang sihat untuk diri dan bayi termasuklah diet, nutrisi dan mengehadkan pendedahan terhadap bahaya.

Aplikasi Easyread dengan mudahnya menukarkan keputusan ujian UPT ke dalam bentuk perkataan “Pregnant” atau ” Not Pregnant”. Mendapat dua kali kepastian adalah kini lebih mudah dengan UPT ini.

7. Guardian One Step Pregnancy Test Strip 1s

Guardian merupakan salah satu farmasi yang terkenal di Malaysia. Maka sangat mudah untuk mendapatkan Pregnancy Test Guardian dengan mudah dengan harga yang mampu milik.

Produk ujian kehamilan jenis kaset ini boleh digunakan selepas haid lewat dan keputusan korang boleh dapat dalam masa 5 minit.

Apa tunggu lagi? Dapatkan jenis Pregnancy Test Guardian ini jika anda mahu menggunakan UPT dengan segera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.