Take a fresh look at your lifestyle.

9 Kedai Gunting Rambut Muslimah Near Me

0 1,995

Yang mencari kedai gunting rambut muslimah, boleh tengok kat bawah ni ye…

Rambut bagaikan mahkota berharga buat setiap individu terutama wanita. Rambut yang sihat mampu membuatkan seseorang itu tampil lebih yakin.

Rambut juga memerlukan belaian dan ‘layanan’ yang baik sama seperti kulit wajah. Mungkin ramai yang kurang memberi perhatian pada penjagaan rambut berbanding penjagaan kulit wajah.

Bagi wanita berhijab, penjagaan rambut juga perlu dititik beratkan meski pun korang berhijab. Kesibukan bukanlah alasan untuk korang mengabaikan penjagaan rambut. Tetapi, yang menjadi masalah besar sekarang kebanyakkan salon rambut pastinya adalah untuk dwi jantina.

Jika korang rasa susah untuk mencari kedai gunting rambut muslimah. Di sini kami senaraikan 9 kedai gunting rambut untuk wanita hijab.

9 Senarai Kedai Gunting Rambut Muslimah

1. A-Saloon

A-Saloon telah mendapat pengiktirafan sebagai Rangkaian Salun Terbesar Malaysia pada tahun 2009. Mereka mempunyai lebih 20 buah salon, dengan menyasarkan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka pada tahap 6 bintang.

Korang masuk saja ke salon A- SALOON nie, pasti korang terpegun dengan konsepnya yang mewah dan selesa untuk pelangan-pelangan mereka.

Selain itu, setiap outlet mereka juga dilengkapi dengan kawasan peribadi untuk pelanggan Muslim mereka.

So, bagi korang yang berhijab tidak perlulah risau untuk dapatkan perkhidmatan di sini kerana mereka sangat menitik beratkan keselesaan pelanggan.

Mereka ingin terkenal dalam industri kecantikan dengan menyediakan layanan yang menyenangkan dan perkhidmatan penjagaan rambut profesional yang berkualiti kepada setiap pelanggan meraka.

2. Safyra Hair Salon & Beauty

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10pagi – 7malam) & Ahad (10pagi – 5petang)
Alamat : 35G, Jalan Bidara 9/3, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

Kadang-kadang susah kita nak cari salon khas untuk wanita sahaja. So, kini korang tak perlu pening kepala lagi.

Bagi korang yang duduk berdekatan dengan Saujana Utama dan Bandar Sri Gombak, korang boleh mendapatkan perkhidmatan servis gunting rambut di sana kerana salon dibuka khas untuk wanita sahaja.

Mereka sangat mengambil berat akan keperluan wanita-wanita muslimah, Safyra Salon menawarkan perkhidmatan rambut dengan kedai bertutup penuh. Tiada lelaki dibenarkan masuk ke kawasan kerja mereka.

Mereka menawarkan semua jenis perkhidmatan rambut. Korang boleh memilih rangkaian perkhidmatan atau pakej rambut yang sesuai dengan keperluan korang.

Semua perkhidmatan & produk rambut mereka adalah mematuhi syariah dan selamat digunakan.

Terletak di tingkat bawah dan akses mudah untuk yang berkerusi roda, wanita tua atau kanak-kanak. Mereka juga menyediakan ruang menunggu yang luas dengan TV dan ruang permainan untuk kanak-kanak. Jadi anak-anak korang tak marah dan peneman korang tak bosan.

Bagi korang yang berminat boleh buat temu janji melalui panggilan 01110620906.

3. Nur Jannah Spa

Waktu operasi: Setiap hari (9pagi – 7malam)
Alamat : 41-1, Jalan Bidara 9/3, Saujana Utama 3, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Nur Jannah Spa ialah spa dan salon rambut Muslimah di Saujana Utama. ( Dulu ia dikenali sebagai Anew Skin Spa & Beauty.) 

Berpengalaman luas dalam bidang kecantikan dan mempunyai pelbagai pakej spa khas untuk pelanggan mereka.

Selain servis gunting rambut , mereka juga menawarkan rawatan wajah dan urutan badan juga. 

Antara jenis-jenis rawatan muka yang ditawarkan adalah pembuangan kutil, laser tahi lalat, mengurangkan masalah jerawat dan banyak lagi. 

Manakala untuk urutan pula, mereka menawarkan perkhidmatan bertungku, bertangas untuk melancarkan darah, memecahkan lemak dan banyak lagi..

Apa tunggu lagi, hubungi Nur Jannah Spa untuk membuat temu janji, 0193042349.

4. MaryAm Salon

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin (10pagi – 7malam)
Alamat : 5-GF Block A Jln JU/6J, Pusat Bandar Subang, Sek U6, Pekan Subang, 40150 Shah Alam

Salon MaryAm ini terbuka kepada pelanggan lelaki dan perempuan. Tetapi bagi wanita muslimah, korang boleh meminta untuk melakukan rawatan rambut dalam bilik tertutup berasingan dengan lelaki.

Selain itu, MaryAm Salon mempunyai penata rambut perempuan yang boleh mengendalikan rawatan rambut wanita muslim.

Terletak di Shah Alam Seksyen U6. Jika ingin lakukan rawatan disini, pastikan buat temu janji terlebih dahulu di 0176915877 atau 0378323913. Salon ini beroperasi untuk 6 hari seminggu dan tutup pada hari Isnin sahaja.

5. Az Salon Muslimah

Waktu operasi: Isnin – Khamis (10.30pagi – 7malam), Jumaat – Sabtu (10.30pagi – 6petang)
Alamat : E-1-1A, Jalan os 1/1, One Selayang, 68100 Batu Caves , Selangor

Az Salon Muslimah terletak di One Selayang. Bagi korang yang duduk berdekatan dengan Batu Caves, korang boleh waze sahaja ke salon ini.

Salon ini menawarkan pelbagai jenis servis rawatan rambut dengan harga yang murah. Salah satunya, Untuk rawatan rambut gugur dan servis potong rambut, mereka berikan harga RM100.

Jika korang mengikuti Az Salon Muslimah di media sosial, korang pasti dapat melihat tawaran-tawaran yang menarik yang ditawarkan setiap bulan.

Jika berminat, boleh buat temu janji terlebih dahulu di nombor 0168614154. Untuk korang yang datang tanpa buat booking terlebih dahulu mereka terpaksa menolak bagi memberi keutamaan kepada pelanggan yang telah membuat tempahan awal.

6. Miss Muslimah Hair Salon – kedai gunting rambut muslimah

Waktu operasi: Isnin tutup, Selasa – Ahad (10pagi – 6petang)
Alamat: Lorong Pulai, Kg Cempedak, Kuang Rawang

Miss Muslimah Hair Salon berikan servis haircut, Wash & Blow, Treatment Mask, Rebonding dan Gumash Hair Colour untuk semua para wanita.
Jangan risau, disini menggunakan produk warna rambut mesra wudhuk, jadi wanita berhijab yang ingin melihat helaian rambut diwarnakan, boleh datang ke sini.

Harga servisnya yang mampu milik tapi, sebelum ingin ke sini anda perlu lakukan temu janji terlebih dahulu di talian 0129766993. 

7. Elrahah Hair Salon

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10pagi – 7petang)
Alamat: 55-1 Jalan 8/35 , Seksyen 8, Taman Seri Bangi, Bandar Baru Bangi & 9G Jalan Kajang Perdana 3/1,
Taman Kajang Perdana, Selangor.

Salon El Rahah nie tidak pernah mengecewakan permintaan pelanggan mereka. Korang mintakla apa saja jenis style rambut pasti mereka akan buat yang terbaik untuk korang.

Manakala harga untuk servis potong rambut pula bergantung pada pemilihan pakej dan servis kanak-kanak perempuan, harga mengikut peringkat umur.

Banyak lagi sebenarnya servis yang ada, korang boleh layari website mereka sendiri untuk membuat temu janji dan juga melihat harga serta tempoh rawatan.

Salun rambut El Rahah mempunyai dua cawangan iaitu di Kajang dan Bangi. Kedua-dua cawangan ini perlu buat temu janji terlebih dahulu sebelum korang mendapatkan servis mereka.

8. Karva Salon For Ladies

Waktu operasi: Setiap hari 11pagi – 8malam
Alamat: G Village, Lot F-11, No. 35 Jalan Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur

Karva Salon ini adalah dimiliki oleh seorang selebriti terkenal tanah air iaitu Nora Danish. Patutla korang tengok rambut dia sentiasa cantik dan stylo. Rupanya dia ada salon sendiri.

Karva turut menyediakan perkhidmatan rawatan kuku dan kecantikan dengan menggunakan produk dan peralatan dari Paris, Jerman dan Itali. Jadi, senangkan dalam satu tempat korang boleh dapat berbagai servis.

Bagi korang yang tercari-cari tempat untuk buat Pamper Party, Karva menyediakan tempat untuk membuat pamper party untuk para wanita yang ingin berkahwin, me time bersama kawan, baby shower, birthday party dan banyak lagi. Pilih saja!

Bab harga jangan risau, harga diletakkan mampu milik dalam lingkungan RM35 sehingga RM800 bergantung pada rawatan dan pakej yang korang ambil.

Untuk sebarang temu janji atau pertanyaan servis, boleh terus hubungi 03 9201 7526‬ atau WhatsApp 0127979734.

9. Scissors Magic

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30pagi – 8.30malam) , Khamis cuti.
Alamat: No. 17-B, 1st Floor, Jln Uranus AG U5/AG, Seksyen U5, Shah Alam , Selangor

Scissors Magic Hair & Beauty Spa berikan servis dan perkhidmatan kecantikan diri yang menyeluruh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Antara servis yang korang boleh dapat selain rawatan rambut adalah rawatan wajah, rendaman kaki, mandian bunga, rawatan lulur, sauna rempah, rawatan pengantin dan banyak lagi.

Keunikkan tentang salon ini, mereka menggunakan ramuan herba tradisi melayu yang mampu mengembalikan kesegaran dan menaikkan aura seri wanita korang.

Disini korang akan mendapat servis dengan menikmati suasana spa berkonsepkan melayu tradisional, bauan segar aromaterapi, alunan muzik dan bunyi air yang menenangkan.

Jika korang berminat untuk dapatkan servis daripada mereka, boleh terus buat temu janji di 0173275191.

Leave A Reply

Your email address will not be published.