Take a fresh look at your lifestyle.

7 Keyboard Gaming Terbaik – Lebih Selesa dan Mudah Kawal Permainan

0 158

Kaki game perlu tau tentang keyboard gaming terbaik ni…

Bagi korang kaki game, keyboard ni adalah salah satu main device yang perlu ada bagi korang lebih selesa dan mudah mengawal permainan.

Tidak hairan la kalau korang sanggup berhabis-habisan dan melabur wang ringgit korang beli keyboard khas demi mendapatkan kepuasan apabila main game kan. Tambah-tambah, korang asyik menang jea.

Bila tak ada keyboard ni, macamaner korang nak bermain game dengan selesa dan mudah.

So, jom kita lihat beberapa jenis Keyboard Gaming Terbaik dan berbaloi untuk korang miliki.

Senarai 7 Keyboard Gaming Terbaik

1. Corsair K100 RGB Optical – Keyboard Gaming Terbaik

Papan kekunci Gaming Corsair K100 RGB Optical ini mempunyai ciri ergonomik yang baik .Papan kekunci Corsair ini sangat sensitif dimana menggunakan teknologi optical-mechanical. 

Reka bentuk yang diperhalusi disokong oleh bingkai aluminium yang tahan lama, lampu latar RGB setiap kekunci dinamik dan LightEdge tiga segi 44 zon.

Dikuasakan oleh teknologi pemprosesan hyper CORSAIR AXON yang memberikan daya pemprosesan sehingga 4x lebih pantas.kekunci makro yang boleh diprogramkan menggunakan perisian Elgato Stream Deck. 

Keyboard ini juga memiliki fungsi tahan debu dan tumpahan air IP42 serta memiliki perehat tangan yang boleh dibuka.

Pasti korang dapat pengalaman lebih seronok bermain game dengan menggunakan keyboard pc gaming ini. 

2. Mountain Everest Ma

Mountain Everest Max menawarkan beberapa fungsi seperti produk-produk yang mahal. 

Merangkumi pencahayaan RGB, butang kekunci membran dengan rasa kekunci serta tahan tumpahan air. 

Butang kekunci ABS menggunakan reka bentuk pembinaan 3 bahagian yang telah diuji lebih 12 juta klik yang memastikan ketahanan yang lebih baik.

Pada bahagian kawalan media ia mempunyai unit khas untuk mengawal media dengan kekunci pantas. 

Keyboard bersaiz penuh ini juga tentu memberi rasa puas hati kepada gamers semasa sedang bermain game.

3. Steek Series Apex 3 RGB

SteelSeries Apex 3 RGB adalah papan kekunci permainan dengan suis kubah getah.

Ia mempunyai kualiti binaan yang baik serta dilengkapi dengan perehat tangan magnet. Ini memberikan korang pengalaman menaip yang baik dan tidak meletihkan.

Ia juga dilengkapi dengan lampu latar RGB 10-zon dengan banyak pilihan kesan khas melalui perisian SteelSeries Engine.

Secara keseluruhan, ini adalah pilihan yang baik bagi korang yang mempunyai bajet sekitar RM300 atau yang tidak suka papan kekunci mekanikal.

4. Logitech G913

Papan kekunci permainan Logitech G913 menampilkan butang kekunci Logitech G Mech-Dome yang diselaraskan bagi memberikan tindak balas taktil yang lebih baik serta dan prestasi keseluruhan yang serupa dengan papan kekunci mekanikal.

Kekunci Mech-Dome mempunyai ketinggian penuh, jarak perjalanan 4mm, daya gerak 50g serta bunyi yang minima.

Logitech G913 juga memiliki 5-Zon pencahayaan yang boleh diaturkan melalui aplikasi Logitech Lightsync.

5. Ducky One 3

Keyboard gaming Ducky One 3 ini merupakan contoh terbaik keyboard gaming yng menawarkan warna dan reka bentuk yang cantik. 

Setiap keycap yang ada pada Ducky One 3 ini dibina menggunakan bahan plastik PBT yang kuat. Ia tidak seperti plastik ABS, plastik PBT kebiasaan tahan lebih lama, kalis kotoran dan warna asal tidak cepat luntur.

Selain itu, Ducky One 3 menawarkan smooth press dengan jarak perjalanan 3.4mm, serta bunyi yang minima.

Tentang harga, korang jangan risau kerana harga yang diletakkan pada keyboard ini sangat berpatutan dengan rekaannya.

6. Razer Tartarus Pro – Keyboard Gaming Terbaik

Razer Tartarus Pro merupakan salah satu one-handed gaming keyboard terbaik dengan fungsinya. One-handed gaming keyboard ini juga menggunakan Analog Optical switch yang terkenal dengan tindak balas responsifnya.

Keyboard ini memiliki 19 set kekunci standard dalam susunan grid dimana susunan kekunci ini memang memudahkan korang untuk mencapai semua kekunci dengan menggunakan satu tangan.

Sistem yang digunakan pada keyboard ini dikatakan lebih responsif kalau nak dibandingkan dengan kekunci mechanical yang biasa atau membrane.

Bagaimanapun, harga one-handed gaming keyboard ini sedikit mahal tapi jika korang merupakan seorang pemain MMO, korang boleh pertimbangkan untuk membeli keyboard ini.

7. Razer Ornata Chroma – Keyboard Gaming Terbaik

Razer Ornata Chroma adalah keyboard gaming paling terbaik pada tahun 2017 kerana sifatnya yang mesra pengguna.

Ia mempunyai kuisyen lembut pada keyboardnya di mana pengguna tidak berasa lenguh ketika bermain game FPS yang memerlukan fokus tangan pada keyboard sepanjang masa.

Razer Ornata Chroma wajar menjadi pilihan peminat permainan video Point Blank di mana korang tidak akan berasa lenguh sepanjang masa tangan di keyboard.

Leave A Reply

Your email address will not be published.