Take a fresh look at your lifestyle.

7 Pembakar Roti Terbaik di Malaysia

0 464

Pembakar roti yang terbaik dapat menghasilkan roti yang rangup dan terbakar sekata.

Tapi, kalau korang cuba bakar atas kuali di dapur, pastu terlupa pulak pasti roti korang akan terhangus. Tak pasal-pasal turn off terus selera korang nak makan roti bakar tengok roti dah hitam legam gitu…hihihi

Sudahnya korang start motor, kete ke kedai mamak order satu set roti bakar dengan telur separuh masak. Nyum-nyum sedap..

Roti bakar sudah tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Disapu pula dengan butter dan kaya. Rasanya tak terucap.

Kalau hari-hari korang makan di kedai, pokai juga kan. Apa kata,korang beli sebuah pembakar roti yang decent. Tak mahal sangat tak murah sangat.

Pagi-pagi, malam atau tengahari korang tidak lagi perlu ke kedai untuk makan roti bakar.

Senarai 7 Jenama Pembakar Roti Terbaik

1. Khind Bread Toaster BT12SS

Bagi korang yang tercari-cari toaster yang bagus dan murah, Khind Bread Toaster BT12SS ini adalah pilihan yang tepat.

Didatangkan dengan 2 slot tempat pembakar roti untuk mempercepatkan kerja korang.

Tempat pembakar tersebut diperbuat daripada keluli tahan karat dan berkuasa 800w.

Pembakar roti ini terdapat 3 fungsi memanaskan (Reheat), mencair beku (Defrost) dan membatalkan apabila perlu (Cancel).

2. Panasonic Bread Toaster PSN-NTGP1

Panasonic adalah satu jenama yang terkenal di Malaysia. Pembakar roti dari jenama ini yang dapat membakar roti korang setiap hari dengan sempurna. Ia mempunyai fungsi fius termal keselamatan yang bagus yang akan terpadam secara automatik apabila korang tidak mengunakan.

Selain itu, dengan adanya fungsi kawalan termostatik, ia memastikan agar roti yang korang bakar tidak hangus dan mempunyai 5 kawalan tahap kegaringan.

Dengan hanya menekan satu butang, korang dapat memanaskan, membatalkan, dan memanggang roti korang.

3. Philips Daily Collection Toaster HD2581/91 – Pembakar roti terbaik

Selain Panasonic, Philips juga antara jenama yang dikenali. Dengan pembakar roti ini, aPembakar roti ringkas ini dilengkapi dengan 8 tetapan dengan 2 slot yang besar.

Korang tidak perlu risau akan terkena rak pemanas roti apabila ia siap, kerana ia mengeluarkan roti dengan fungsi lif tinggi dan memudahkan untuk korang mencapainya.

Jika korang mengutamakan keselamatan di rumah, dapatkan pembakar jenama ini dengan fungsi keselamatan tambahan. Ia akan terpadam secara automatik apabila selesai digunakan.

Sesuai untuk pelbagai saiz potongan roti.

Juga boleh digunakan untuk memanaskan roti, pastri dan roti kegemaran korang dengan mudah.

4. Electrolux ETS3505 Toaster

Toaster Electrolux ETS3505 memiliki desain modern dengan variasi warna putih dan hitam yang sangat elegan.

Ia mempunyai 2 slot dan elemen pemanas yang cekap untuk membakar roti. Dilengkapi dengan 7 paras kegaringan yang boleh korang pilih mengikut keinginan korang.

Dengan fungsi defrost, reheat dan cancel memudahkan korang untuk memanaskan semula apabila perlu dan menghentikan jika ia terlalu garing.

Mudah untuk dibersihkan dan mempunyai penutup pelindungan agar ia tidak terdedah kepada habuk dari luar.

5. Tefal TT3561 Toaster – Pembakar roti terbaik

Pembakar roti warna hitam ini dilengkapi dengan keluli tahan karat. Ia mempunyai 2 slot untuk membakar roti yang berkuasa 850W. Pada 850W, roti korang dibakar dalam masa yang singkat.

Kawal haba dari 1 hingga 7 untuk membuat roti bakar korang seperti yang korang suka!

Butang batal membolehkan korang berhenti pada bila-bila masa, manakala fungsi nyahbeku membakar roti beku secara sekata dan fungsi memanaskan semula membolehkan korang memanaskan roti yang telah dibakar sebelum ini, supaya tiada apa-apa yang membazir!

Dengan adanya pembakar ini dirumah, sarapan dapat disediakan semudah 1.2.3.

6. Delonghi CTOV2103.BG Icona Vintage 2 Slice Toaster

Untuk korang yang gemar dengan reka bentuk retro dan yang agak klasik, cuba korang lihat pembakar roti dari Delonghi ini.

Ia memiliki pembakar 2 slot roti dengan rak pemanasan berkuasa 900W. Semua fungsi kawalan akan dimaklumkan dengan penunjuk neon di badan pembakar ini. Ia mempunyai kawalan jenis panaskan semula, penggunaan 1 slot, cair beku dan batal.

Pembakar roti dengan ciri retro yang mudah untuk korang bersihkan dan tidak mudah menggelonsor.

Nikmati roti yang baru dibakar untuk memulakan hari korang pada waktu pagi, atau nikmati snek yang lazat semasa korang berehat pada petang hari.

7. Morphy Richards 242030 Accents Red 4 Slice Toaster

Pembakar roti yang mempunyai 4 slot ini sangat cantik dari segi reka bentuknya dan bergaya untuk dapur korang. Dengan rekaan warnanya yang anggun membuatkan dapur korang kelihatan esklusif.

Roti mudah dikeluarkan kerana ia memiliki fungsi lif tinggi, di mana ia akan terpantul apabila roti sudah dibakar. Selain itu, ia juga mudah untuk dibersihkan kerana memiliki dulang serbuk khas yang mudah untuk dikeluarkan.

Pembakar roti ini menampilkan tetapan nyahbeku, batal, panaskan semula dan kawalan keperangan berubah-ubah mengikut tahap kegaringan yang korang perlukan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.