Take a fresh look at your lifestyle.

Kasut Badminton Terbaik – Selesa dan Berkualiti

0 1,713

Yang mana dok cari kasut badminton terbaik tu, boleh tengok kat sini…

Kasut badminton khusus dirancang untuk memberikan keseimbangan, keselesaan, dan fleksibel yang diperlukan dalam olahraga badminton.

Sebaiknya gunakan kasut yang khas untuk main badminton ni.

Mengapa perlu memakai kasut badminton terbaik semasa bermain badminton

1- keseimbangan

Kasut badminton dirancang dengan sol khusus yang memberikan keseimbangan yang lebih baik pada saat bergerak. Pemain untuk bergerak lebih cepat dan menjaga keseimbangan mereka semasa melakukan gerakan-gerakan cepat dan tiba-tiba seperti melompat dan berlari.

2- Perlindungan

Kasut badminton memiliki perlindungan tambahan di area kaki dan pergelangan kaki yang dapat membantu mencegah cedera. Tujuan utama untuk mengurangi gesekan dan memberikan support tambahan saat melompat atau berlari.

3- Fleksibel

Kasut badminton terbuat dari bahan yang ringan dan fleksibel, sehingga memungkinkan pemain untuk bergerak dengan lebih mudah dan cepat. Bahan yang fleksibel juga dapat membantu mengurangkan kelelahan pada kaki dan memungkinkan pemain untuk bermain dengan lebih lama.

4- Traction:

Kasut badminton memiliki sol khusus yang dirancang untuk memberikan daya cengkeram yang lebih baik pada permukaan lapangan. Ini penting untuk pemain melakukan gerakan-gerakan tiba-tiba dengan lebih mudah dan cepat.

5- Komposis

Kasut badminton dibuat dengan komposisi yang khusus untuk mengoptimalkan kecepatan, kelincahan, dan daya tahan. Bahan yang digunakan untuk membuat kasut badminton biasanya lebih berkualiti dan tahan lama sehingga dapat digunakan untuk bermain badminton dalam jangka waktu yang lama.

Untuk memudahkan korang di sini kami kongsikan senarai kasut badminton terbaik yang boleh korang pertimbangkan.

7 Jenama Kasut Badminton Terbaik

1. Felet Badminton Shoes Ultra Boost Ranger

Kasut ini disarung oleh material double russel mesh dan kusyen, ia boleh membantu menyokong buku lali, bernafas dan menyerap peluh. Barulah kaki boleh bernafas dan tak mudah berpeluh kan.

Kasut ini sangat selesa dan stabil ketika korang mengunakannya semasa bermain. Strukturnya juga lebih elastik, jadi selesa dipakai ketika korang melakukan riadah.

Saiz kasutnya pula adalah dari saiz 38 hingga 46. 

Jangan risau harga kasut jenama Felet ini masih berada dalam kategori mampu milik.

2. APACS Badminton Shoes

Kasut ini sangat bergaya, tahan lasak & sesuai digunakan ketika bermain badminton beriadah di waktu petang.

Berbanding kasut lain, kasut jenama ini menawarkan cengkaman kaki yang stabil dan juga meningkatkan pergerakan korang ketika di gelanggang badminton.

Terdapat insole anti-gelincir pada bahagian pelapik dalam kasut yang memberikan keselesaan sempurna dengan kusyen yang unggul.

Selain itu, terdapat pelbagai pilihan saiz kasut yang ditawarkan.

3. Felet The Latest Galaxy Boost Badminton Shoes

Kasut badminton jenama FELET yang berkualiti tinggi ini adalah kasut yang ringan dan mesra kaki memberikan korang pergerakkan kaki yang pantas, lancar dan tahan gelincir.

Kasut ini disarung oleh material double russel mesh dan kusyen, ia boleh membantu menyokong buku lali korang bernafas dan menyerap peluh.

Selain itu, yang menariknya lagi terdapat 6 pilihan warna kasut antaranya biru/oren, biru/merah, merah/hitam dan hitam/kuning.

Bukan itu sahaja, saiz kasut ini juga terdapat dalam pelbagai saiz iaitu dari saiz UK 6 hingga UK8. 

Memandangkan kasut ini jenis unisex, wanita dan lelaki boleh pakai tanpa masalah.

4. Line7 L7 CS-2275 Court Shoes / Badminton Shoes

Kasut jenama Line7 ini direka khas untuk korang pakai ketika bermain sukan di gelanggang seperti berlatih badminton. 

Ianya amat sesuai dijadikan kasut sukan biasa kerana sangat ringan dan selesa dipakai.

Dijamin korang akan menjadi juara kejohanan badminton dengan kasut ini. 

Kasut ini diperbuat daripada material TPR dan membuatkan kaki korang tidak mudah melecet ketika memakainya.

5. YONEX Power Cushion Aerus 2 Ladies Badminton Shoes

Kasut badminton ini direka khas untuk wanita dan ia menawarkan pelbagai pilihan saiz untuk korang, antaranya dari UK4.5 hinggalah saiz UK7. 

Bahagian tapak kasut ini diperbuat daripada getah dan membuatkan korang tidak mudah tergelincir ketika bermain badminton.

Manakala di bahagian midsole kasut dan uppersole pula diperbuat daripada Synthetic Resin dan Synthetic Fiber. 

Kasut ini diperbuat dengan mengunakan Fabrik Double Raschel Mesh di dalam kasut tersebut dan dapat memberi pengudaraan yang baik agar kaki korang tidak mudah berbau walaupun berpeluh.

6. ASICS Badminton Indoor Court Shoes Gel Rocket 10.

Jika korang aktif bermain badminton untuk beriadah setiap petang, korang memang wajib dapatkan kasut khas untuk badminton jenama Asics ini. 

Antara pilihan warna kasut yang ditawarkan ialah warna biru dan putih. Oleh itu, mudah untuk korang padankan dengan warna baju dan seluar riadah korang.

Manakala saiz kasut yang ada juga pelbagai, dari saiz US8 hinggalah US11. Jadi, yang ada kaki saiz besar pun boleh pakai tanpa masalah.

7. Protech Junior Badminton Court Shoes – AIRS

Kasut PROTECH ini terdapat 3 pilihan warna kasut ini iaitu kelabu, merah dan hitam. 

Kasut ini sesuai dipakai bagi korang yang baru nak berjinak-jinak dalam sukan badminton atau yang mementingkan rekaan kasut yang cantik dan stylish. 

Kasut sukan badminton PROTECH juga diperbuat daripada bahan Double Russel Mesh yang boleh memberikan ventilasi terbaik dan keselesaan kepada kaki korang. 

Selain itu, bahagian pelapik dalamnya pula jenis kusyen yang boleh menyerap tekanan, jadi memang terbaik jika anda sering melompat ketika membuat pukulan smash. 

Turut memberikan kestabilan yang diperlukan oleh kaki korang ketika bermain agar tak mudah cedera atau terseliuh.

Leave A Reply

Your email address will not be published.