Take a fresh look at your lifestyle.

7 Tudung Tema Merdeka Yang Kreatif dan Cantik

0 306

Sempena Merdeka ini, banyak jenama fesyen-fesyen tanah air yang mengeluarkan koleksi baju atau tudung tema Merdeka.

Bila masuk sahaja Bulan Kemerdekaan, ibu bapa dan juga guru-guru sudah mula sibuk membuat persiapan untuk menyambut Bulan Kemerdekaan tersebut. Tidak ketinggallan juga tudung bertemakan Merdeka dijual bagai “pisang goreng panas”.

Tudung Tema Merdeka Yang Kreatif dan Cantik

1. Bawal FAREHA Merdeka Collection Chanella

Satu fesyen tudung ni yang masih relevan atau bak kata orang, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Sampai sekarang dah tahun 2023 pun orang masih pakai tudung ni. Apa lagi kalau bukan tudung bawal.

Salah satu jenama yang trending kini adalah FAREHA. Tudung Fareha dah jadi fenomena dah di Malaysia, kat mana-mana pun mesti orang cakap pasal tudung anti-kedut ni.

Material premium Tudung Fareha ni rasa sejuk je bila pakai, sangat sesuai dengan cuaca Malaysia.

Tudung Fareha ni jugak ada satu kelebihan yang jarang ada pada tudung bawal lain iaitu tak payah gosok.

Tudung Fareha juga mengeluarkan edisi Merdeka yang boleh korang pilih.

2. Tudung Bawal Cotton Merdeka

Hari Kemerdekaan merupakan satu hari dalam sejarah malaysia yang begitu bermakna bagi orang kita semua.

Jadi, mestilah korang ingin berpakaian bertemakan hari yang bersejarah ini demi mengambarkan cintanya kita pada negara Malaysia.

Tudung bawal cotton bertemakan merdeka ini merupakan tudung yang berharga mampu milik dan mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat.

Lagi-lagi dengan material cotton nya itu di mana ia merupakan material kesukaan ramai dan dapat memberi keselesaan kepada korang jika melakukan aktiviti-aktiviti di kawasan lapang yang terdedah kepada cahaya matahari.

Jadi korang tunggu apa lagi? Dapatkan tudung ini sebelum ia sold out!

3. HASNURI Tudung Shawl Merdeka

Bagi syarikat-syarikat koperat yang terlibat di dalam aktiviti-aktiviti pada hari yang teristimewa dalam sejarah Malaysia, pasti korang ingin kelihatan sedondon dengan rakan sepasukan korang.

Dengan tudung bawal bertemakan merdeka oleh HASNURI ini, korang boleh membeli tudung mengikut corak kesukaan yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli pasukan yang lain.

Dengan itu, pada hari yang bersejarah tersebut pasukan korang akan kelihatan sedondon dan mengambarkan kesatuan hati berpasukan.

4. Bawal Taya Chiffon Merdeka

Sebagai seorang ibu, sudah tentu korang menginginkan tudung yang mudah dipakai dan pantas untuk digayakan.

Dah namanya perempuan sudah pasti mahukan tudung dengan awning yang terbentuk elok di muka.

Tudung chiffon bertemakan merdeka ini daripada Taya merupakan sehelai tudung yang mudah digosok serta mudah dibentuk kerana material yang digunakan.

Dengan ini, korang akan kelihatan cantik serta patriotik apabila menggayakan tudung chiffon berinspirasikan merdeka pada hari peristiwa ini.

5. KEKABOO Merdeka Permata Pertiwi

Bagi korang yang lebih berminat dengan tudung-tudung yang bercorak abstrak, korang boleh pilih tudung dari jenama KEKABOO.

Terdapat empat warna yang diinspirasikan oleh Jalur Gemilang, korang masih lagi boleh menampakkan patriotik walaupun tudung bercorak abstrak.

Ia juga merupakan salah satu tudung yang mudah dimiliki dengan harganya yang murah dengan kualiti yang tinggi.

Jenama Kekaboo ini juga antara salah satu jenama yang menjadi pilihan ramai.

6. MINAZ Kembara Merdeka Malaysiaku Gemilang

Bantu wanita bergaya dengan design cantik dan tampak mewah dengan harga mampu milik hanya 2 minit je untuk bersiap.

Banyak tudung kat rumah tapi tak tahu nak pakai yang mana satu kan? kini Minaz kembara Merdeka berkonsepkan Malaysia dan Negeri menampilkan 10 Design menarik dedikasikan untuk Setiap Negeri dan Pahlawan Melayu. 10 jenis variasi design yang cantik dan sememangnya tampak mewah.

Material Classic Cotton Voile yang sememangnya tampak mewah custom made utk Minaz Hijab. Awning on point dan jahitan tepi yang sangat kemas.

7. Tudung Bawal Merdeka

Tudung Bawal Hermanas Pertiwi menggabungkan 3 warna khas untuk Merdeka . Sempena bulan kemerdekaan tahun ini, Hermanas ada mengeluarkan limited edition set dapat FREE BOX dan FREE BROOCH. Warna brooch diberikan secara random.

Tudung Bawal Hermanas diperbuat dari material premium Hermanas cotton voile yang halus, lembut, nyaman digunakan. Material Bawal Hermanas tidak licin dan selesa untuk di pakai di dalam cuaca panas.

Ia juga mudah dibentuk sehingga rapi mengikut bentuk muka dan rapi di kepala. Design untuk setiap Bawal Hermanas juga sangat unik, ekslusif dan cantik.

Leave A Reply

Your email address will not be published.