Take a fresh look at your lifestyle.

10 Serum Hyaluronic Acid Terbaik di Malaysia

0 474

Memasuki usia 25 tahun, akan terjadi beberapa perubahan pada kulit korang, terutama kulit wajah. Waktu ini, kulit wajah korang sangat memerlukan produk-produk yang dapat memastikan wajah korang sentiasa lembap dan terhidrat. Satu penyelesaiannya adalah dengan memilih produk seperti “Serum Hyaluronic Acid”.

Eh korang tahu ke apa itu “Hyaluronic Acid” ?

Mari sini saya terangkan serba sedikit, apa itu Hyaluronic Acid”. Nama singkatannya adalah HA.

HA ni sebenarnya merupakan kandungan semulajadi yang sudah sedia ada dalam badan kita. Ianya adalah molekul pegangan air seperti gel yang mengisi ruang dan berperanan sebagai agen kusyen sendi dan saraf dalam tubuh kita. 

Kebanyakan produk kecantikan yang terkenal akan menggunakan HA dalam produk kecantikan mereka.

Hyaluronic Acid dapat meningkatkan kadar kelembaban kulit sekaligus memperkuat pertahanan kulit, iaitu lapisan kulit paling atas. Kulit akan tampak lebih muda, lembut, halus, dan juga tegang.

Jom kita lihat senarai produk-produk ” Serum Hyaluronic Acid” yang terbaik terdapat di pasaran Malaysia.

Serum Hyaluronic Acid Terbaik

1. L’Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Serum

L’Oréal Paris didatangkan dengan L’Oréal Paris Revitalift 1.5% Hyaluronic Acid Serum yang dapat membantu melembapkan kulit wajah korang secara mendalam dan menyamarkan tanda-tanda kedutan dari penggunaan pertama.

Ini mungkin kerana ia mengandungi 1.5% asid hyaluronik yang terdiri daripada dua jenis iaitu “Macro hyaluronic acid” yang menghidrat dan melicinkan permukaan kulit secara intensif kerana ia boleh mengikat air sehingga 1000 kali ganda beratnya dan “Micro hyaluronic acid” dengan ukuran 1/20 lebih kecil sehingga dapat terserap lebih dalam ke lapisan kulit korang untuk menghidrasi dan mengenyalkan kulit dari dalam.

2. Neutrogena Hydro Boost Capsule in Serum – Serum Hyaluronic Acid Terbaik

Neutrogena Hydro Boost Capsule in Serum iaitu produk yang dapat menambah dan memperbaiki pelindung kulit korang.

Selain itu, penggunaan secara konsisten dapat meningkatkan kelembapan sehingga 137% apabila digabungkan bersama produk terlaris Neutrogena Hydro Boost Water Gel.

Neutrogena Hydro Boost Capsule dalam Serum adalah serum yang menghidrat dan memberi tenaga pada penampilan kulit korang.

Direka untuk mencergaskan dan mencerahkan kulit yang kusam dan letih, serum muka ini serta-merta merawat kulit kering sambil membantu meningkatkan dan mengunci kelembapan, menjadikan kulit terhidrat dan anjal serta kelihatan glowing.

Mengandungi vitamin E dan asid hyaluronik tulen, sebatian semula jadi yang baik untuk kulit, yang menarik kelembapan dan menguncinya.

3. Hada Labo HA Supreme

Hada Labo H.A. Supreme Cica Soothing Serum adalah sesuai untuk korang yang berkulit sensitif.

Selalunya, susah betul nak cari serum yang sesuai dengan kulit sensitif kan. Yelah, bukan boleh sebarangan, rosak kulit muka nanti!

Siapa penggemar ulam pegaga?

Jangan tak tahu pegaga juga ada bermacam kebaikan untuk kulit. Buktinya Hada Labo juga ada variant H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum. Ianya diperkaya dengan 20,000ppm (bahagian untuk setiap juta) Cica Complex selain 4 jenis Hyaluronik Asid.

Booster serum ini dicipta untuk korang yang bermasalah kulit berjerawat dan rengsa. Sapukan di wajah dan kulit berjerawat dan rengsa akan lega dalam 5 minit disamping memberikan kelembapan.

Bagi korang yang berkulit sensitif, tak perlu risau untuk menggunakannya kerana serum ini bebas alkohol, wangian, minyak mineral dan pewarna.

4. Safi Hydra Glow Oil Free Serum

Kalau korang nak tahu antara tanda-tanda kulit kekurangan air ialah kulit menjadi kering, kasar, gatal, mengelupas dan berminyak. 

Serum penghidratan dan hypoallergenic yang kaya dengan Vitamin B3 & B5 yang dapat menembusi jauh ke dalam lapisan kulit korang untuk menghidrat secara mendalam dari dalam.

Terbukti untuk meningatkan penghidratan kulit secara mendalam dan melegakan iritasi, serum ini memberikan penghidratan optimum yang mendalam, menghaluskan kulit kasar dan memulihkan kulit kering agar lebih berseri. 

5. The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5

Korang ada masalah kulit muka kering?

Korang mesti cuba “Serum Hyaluronic Acid” dari The Ordinary.

Fungsi asid hyaluronik di dalamnya adalah untuk menarik dan mengunci kelembapan pada lapisan kulit. Menariknya, produk ini menggunakan beberapa jenis asid hyaluronik dengan saiz molekul yang berbeza.

Molekul ini boleh menembusi sehingga beberapa lapisan kulit.

Seperti namanya, ia mengandungi vitamin B5 yang dipercayai dapat meningkatkan penghidratan kulit sekaligus menangkis radikal bebas yang menyebabkan penuaan.

6. Ruruberry 10% Niacinamide + HA Hyaluronic Acid

Niacinamide merupakan vitamin larut air yang berfungsi dengan bahan semula jadi di dalam kulit kita untuk membantu meminimumkan liang pori yang besar, mengetatkan liang pori kulit, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan kusam, garis halus dan kedutan.

Selain Niacinamide, produk ini sangat bagus kerana mengandungi Hyaluronic Acid, agen penghidrasi kulit yang dikenali kemampuannya untuk menarik dan memegang 1000x kelembapan, untuk dibekalkan kepada kulit bagi menguatkan kulit kendur dan memastikan kulit sentiasa anjal dan sihat.

Selain itu, serum ini juga mengandungi Sodium Ascorbyl Phosphate yang akan merawat cela, serta Panthenol yang akan meredakan kulit yang rengsa dan sensitif. 

7. SKINTIFIC – 4D Hyaluronic Acid Hydrating Serum

Produk penjagaan kulit Skintific 4D Hyaluronic Acid Hydrating Serum sedia membantu mengatasi masalah kulit kering korang.

Salah satu bahan utama produk Skintific ini ialah Hyaluronic Acid yang memainkan peranan penting dalam melembapkan kulit serta-merta dan mengurangkan tekstur kulit kering.

Ramuan penting lain yang korang boleh temui dalam serum Skintific ini termasuklah Peptides dan Thermal Water.

Peptida membantu merangsang pengeluaran kolagen, menghidrat kulit, dan menguatkan penghalang kulit.

Manakala Thermal Water pula akan memberikan sensasi penyejukan supaya kulit terasa segar sekaligus menenangkan kulit yang bermasalah.

8. VIBRANT GLAMOUR Hyaluronic Acid Face Serum

Vibrant Glamour Hyaluronic Acid Face Serum nie antara serum termurah di pasaran. Kiranya ia antara produk yang mampu milik.

Walaupun murah, ia dapat memberi kesan kepada kulit korang seperti masalah kulit kasar dan kering.

Salah satu kandungan serum ini adalah Hexapeptide-12 untuk mengurangkan kehilangan kolagen dan mengurangkan garis-garis halus.

Selain itu, masalah kerengsaan kulit korang akibat daripada jerawat juga mampu dirawat dengan serum ini.

9. ONE THING Hyaluronic Acid Complex Serum

Pati Hyaluronic Asid ialah gabungan asid hyaluronik dengan “Low molecular weight” dan “High molecular Weight” yang meresap dari epidermis kulit ke dermis, dengan memberi kesan kelembapan kulit.

Serum nie sesuai untuk semua jenis kulit.

Selain melembapkan kulit, ia juga boleh menganjalkan kulit.

Dengan pengunaan secara konsisten serum ini, ia dapat kurangkan kesan penuaan pada wajah seperti garis-garis halus dan kedutan.

10. La Roche Posay Hyalu B5 Serum

La Roche-Posay Hyalu B5 Hyaluronic Acid Serum boleh menjadi pilihan yang tepat untuk korang yang mempunyai kulit muka kering dan telah ada tanda-tanda penuaan.

Kandungan Hyaluronic Acid dalam produk ini dipercayai berkesan dalam mengekalkan kelembapan kulit.

Sementara itu, kandungan vitamin B5 di dalamnya dapat mengembalikan keanjalan kulit dan membantu mengurangkan garis-garis halus.

Bukan itu sahaja, serum ini juga mengandungi madecassoside yang berkesan dalam memperbaiki tekstur kulit.

Bertindak awal

Apabila perasan ada perubahan pada kulit wajah, cepat-cepat bertindak ye. Jangan sampai ia dah makin teruk baru nak rawat.

Yang sebaiknya, mula awal, sebelum nampak perubahan pada kulit wajah.

Jika dibiarkan ia makin teruk dan makin ambil masa lama untuk rawatan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.