Take a fresh look at your lifestyle.

7 Krim Pelurus Rambut Terbaik di Malaysia

0 1,752

Rambut adalah salah satu aset wanita yang paling hebat, ia digelar mahkota wanita. Kecantikan bukan hanya dipandang pada wajah atau tubuh, malah rambut juga memainkan peranan utama yang mempengaruhi penampilan seseorang.

Dengan mahkota yang satu nie, korang akan lebih rasa konfident apabila mengayakan mengikut gaya yang korang ingini

Kini korang tidak perlu lagi pergi ke salon untuk meluruskan rambut!

Ia lebih jimat duit dan jimat masa bila buat sendiri di rumah.

Krim Pelurus Rambut

1. Rene Straightening + Neutralizer Cream

René Strong Straightening Cream sesuai untuk semua jenis rambut.

Produk ni dapat membuatkan rambut korang lurus dan terurus. Malah, turut memberikan kesan rambut yang lebih berkilat dan licin, jadi tiada lagi masalah rambut menggerbang.

Rene Neutralizing Cream disyorkan untuk digunakan bersama dengan Rene Straightening Cream untuk mencapai hasil optimum.

2. WELLA Wellastrate Cream Neutralizer

Antara produk krim pelurus rambut terbaik yang terlaris di pasaran online. Dan krim ni biasa digunakan oleh pendandan rambut di salon kerana ia dapat menghasilkan rambut yang lebih bersih, ringan dan kesan kilauan yang sihat.

Masalah rambut kusut atau frizzy sentiasa merunsingkan apatah lagi sekiranya korang serius dalam penjagaan penampilan diri.

Krim ini sangat mudah digunakan hanya mengikut arahan yang diberikan yang terdapat di dalam kotak.

3. Berina Hair Straightener & Hair Strenght Cream

Korang ada masalah rambut kerinting, kusut dan susah diurus?

Mesti rasa rimas bila tengok rambut yang mengerbang bila dilepaskan. Jom gunakan cream pelurus rambut paling laris ni.

Kesan super duper ohsem sehebat salon tu tau. Korang boleh buat sendiri je kat rumah, tak payah dah nak keluar duit beratus-ratus ringgit untuk buat rebonding. Jimatkan!

Setiap kotak mempunyai 2 jenis cream :

1. Strength Hair Straightener Cream
Strength Hair Straight Cream bersifat alkali yang berfungsi untuk meluruskan rambut yang kerinting dan bau dia agak kuat. Korang yang pernah pergi salon mesti tahu bau dia macam mana kan.

2. Fixer Neutralizer Cream
Dah nama pon neutralkan, so fungsinya adalah untuk meneutralkan balik rambut yang telah di’alkaline’kan tadi.

Kalau tak letak neutralizer, rambut tu memang tak kekal lurus la. Dia akan kembalikan kepada bentuk asal.

4. Shiseido Professional H1 Hair Straightening Cream

Korang mempunyai masalah rambut mengerbang ?

Jom gunakan produk krim pelurus rambut dari Shiseido nie.

Krim nie dapat membuat rambut korang yang kerinting dan beralun jadi lurus sepenuhnya sambil mengekalkan kesihatan rambut.

Krim ini juga sesuai untuk wanita dan lelaki.

5. Straight Pro Hair Straightening Cream Set

StraightPro merupakan produk yang telah diformulasikan di Jerman dan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bahan asas StraightPro menggunakan bahan-bahan yang selamat digunakan ke atas rambut tanpa kesan sampingan yang merbahaya mengikut standard dan teknologi German.

StraightPro merupakan pelurus rambut untuk kegunaan di rumah, terdiri daripada 3 bahan utama. Straightening Cream, Neutralizer, Sleek & Shine Serum.

Dekat rumah pun korang dah boleh buat salon luruskan rambut bila ada produk StraightPro ni tau.

Lengkap 3 produk untuk luruskan rambut tanpa susah-susah pergi ke salon dekat luar tu. Jimat!

6. SOL Hair Straightening Cream

Dengan mengunakan krim nie, korang tidak perlu lagi menggunakan iron rambut untuk meluruskan rambut korang tiap-tiap hari.

Dengan krim ini rambut korang akan kekal lurus untuk tempoh yang lama.

Cara mengunakan krim ini sangatlah mudah.

Korang hanya perlu basuh dan cuci rambut dahulu dengan shampoo. Selepas itu, keringkan rambut korang dan baru pakai krim ni pada rambut.

Biarkan ia selama satu jam untuk dapat result yang optimum.

7. LAVOD 3 in 1 Straight Hair Straightening Cream

Bagi korang yang memang dilahirkan dengan rambut kerinting dan kasar, sehingga ia susah diuruskan, mesti korang mengimpikan rambut yang lurus serta mudah urus.

Dengan mengunakan krim ini, rambut korang pasti akan jadi lurus seperti lepas buat rebording.

Produk ini sangat jimat kerana korang boleh mengunakannya 12 – 13 kali untuk satu set yang korang beli.

Memang tahan lama dan berbaloi.

Selain itu, produk ini dihasilkan dari bahan-bahan halal. So, korang yang muslim tidak perlu risau untuk mengunakannya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.